Siaran langsung keputusan bola sepak B23 Malaysia vs Jepun Sukan Asia 2018 24.8.2018

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Pada temasya Sukan Asia tahun ini ia akan bertempat di Indonesia (Palembang-Jakarta). Antara acara yang paling dinantikan ialah acara bola sepak. Bola sepak dianggap sebagai ibu segala pingat untuk mana-mana temasya sukan di dunia. Pada edisi kali ini, skuad harimau muda negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee akan turun dengan barisan terbaik bagi memberi saingan kepada negara-negara yang terlibat.

Pada temasya Sukan Asia 2018 ini, Malaysia telah diundi bersama dalam kumpulan E. Dalam saingan peringkat kumpulan Malaysia cemerlang dengan mencatat dua kemenangan dan satu kalah. Berkongsi enam mata dengan Korea Selatan, Malaysia mendahului kumpulan E diikuti Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgysztan. Setakat ini, Malaysia berada dalam prestasi terbaik mereka. Perlawanan seterusnya untuk Malaysia adalah ke pusingan 16 dan perlawanan ini merupakan perlawanan kalah mati.

Cabaran seterusnya untuk Malaysia amat getir kerana Malaysia dijadualkan akan bertemu dengan gergasi asia iaitu Jepun pada 24 Ogos ini. Pasukan negara matahari terbit itu dibarisi oleh pemain muda yang bertaraf bintang dan bermain dengan kelab-kelab ternama. Oleh itu, Malaysia harus lebih bersedia untuk menghadapi cabaran ini. Peminat sukan Bola Sepak tempatan diseru memberi sokongan 100% bagi menaikkan lagi motivasi pemain kita agar dapat memberi saingan sengit kepada pihak lawan.

Menteri Belia Dan Sukan kita yang baharu, Yang Berbahagia Syed Saddiq juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memberi sokongan yang padu kepada Datuk Ong Kim Swee dan skuad kendaliannya agar memberikan persembahan yang terbaik. Katanya lagi ini merupakan peluang terbaik untuk skuad negara mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara. Untuk rekod pencapaian terbaik Malaysia adalah  ketika Sukan Asia 1962 di Jakarta dengan memperoleh pingat gangsa dan juga ketika edisi di Tehran, Iran pada tahun 1974.

GC-Icon
malaysia-vs-jepun-bola-sukan-asia
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN 24.8.2018 | SUKAN ASIA 2018
Perlawanan pusingan 16 Malaysia menentang Jepun akan berlangsung pada 24 Ogos 2018 jam 8:30 malam hari Jumaat.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan pusingan 16 Sukan Asia 2018 di antara pasukan Malaysia lawan (lwn) Jepun yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
RESULT MALAYSIA VS JEPUN SUKAN ASIA 2018
MalaysiaMalaysia-AFF-Suzuki-Cup
0
1
Japan Jepun
Penjaring-Gol FulltimeMasa-Penuh Ayase Ueda 89′ Sepakan-Penalti
KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS JEPUN 
MALAYSIA: 22-Haziq Nadzli (GK); 14-Dominic Tan, 17-Irfan Zakaria, 9-Adam Nor Azlin; 15-Rizal Ghazali, 7-Baddrol Bakhtiar (C), 5-Syahmi Safari, 21-Syazwan Andik Ishak; 11-Safawi Rasid, 20-Syafiq Ahmad, 18-Akhyar Rashid.
Sub: 1-Ifwat Akmal Chek Kassim (GK), 2-Adib Zainudin, 3-Syazwan Zaipol Bahari, 4-Rodney Celvin Akwensivie, 8-Faisal Abdul Halim, 10-Hadi Fayyadh Abdul Razak, 13-Tommy Mawat Bada, 16-Nik Akif Syahiran Nik Mat, 19-Kogileswaran Raj.
JAPAN: 1-Ryosuke Kojima (GK); 2-Yoichi Naganuma, 4-Kou Itakura (C), 5-Daiki Sugioka, 7-Teruki Hara, 9-Reo Hatate, 13-Yuto Iwasaki, 14-Taishi Matsumoto, 16-Kouta Watanabe, 18-Daizen Maeda, 20-Yugo Tatsuta.
Sub: 3-Makoto Okazaki, 6-Ryo Hatsuse, 8-Kaoru Mitoma, 10-Koji Miyoshi, 11-Keita Endo, 12-Obi Powell Obinna (GK), 15-Ayase Ueda, 17-Yuta Kamiya, 19-Takuma Ominami.
Info-Lain INFO BERKAITAN
Klik-Link Jadual dan Carta Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2018 Malaysia
Close