Menu Bola

Siaran langsung Malaysia Vs Indonesia 5.9.2019 Kelayakan Piala Dunia 2022

23:37 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 8 September 2019 jam 11:48 PM oleh GC.editor

Pasukan Malaysia telah berjaya melayakkan diri untuk mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Pada peringkat ini, Skuad Harimau Malaya telah diundi  dalam kumpulan G bersama-sama pasukan Asia yang lain iaitu UAE, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Perlawanan pertama bagi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 pasukan Malaysia adalah menentang Indonesia. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada hari Khamis, 5 September 2019, jam 8.30 malam, bertempat di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Menurut jurulatih skuad negara, perlawanan pertama dianggap penting kerana ia membantu dari segi motivasi dan keyakinan pemain.

Beraksi di gelanggang pihak lawan bukanlah satu alasan untuk tidak cemerlang. Justeru setiap pemain negara perlulah menunjukkan semangat yang tinggi dan fokus dalam memberikan persembahan terbaik serta tidak terlalu beremosi ketika menetang Indonesia. Meskipun terdapat beberapa insiden yang kurang baik pernah berlaku ketika perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia sebelum ini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memberi jaminan keselamatan bagi perlawanan kali ini.

Skuad Harimau Malaya terlebih dahulu akan menentang Jordan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Ogos 2019. Setelah menentang Indonesia, skuad negara akan meneruskan aksi kedua kelayakan kumpulan G dengan bermain di gelanggang sendiri menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September 2019. Semoga skuad bola sepak negara dapat mempamerkan aksi yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia

GC Icon
Mas vs Indo 5 Sept 2019
Malaysia AFF Suzuki CupIndonesia AFF Suzuki CupMALAYSIA VS INDONESIA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022
Perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 melibatkan Malaysia dengan Indonesia akan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 5 September, Khamis bermula pada jam 8.30 malam waktu tempatan
Berikut ialah keputusan semasa bagi perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang akan dikemas kini secara langsung bermula sepak mula sehingga tamat masa penuh. Turut disertakan adalah senarai penuh kesebelasan utama dan senarai pemain gantian bagi kedua-dua pasukan
KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 5.9.2019
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup
3
2
Indonesia AFF Suzuki CupIndonesia
Penjaring Gol Sumareh 37′
Penjaring Gol Syafiq Ahmad 65′
Penjaring Gol Sumareh 98′
FulltimeMasa Penuh 11′ BetoPenjaring Gol
 39‘ BetoPenjaring Gol
Malaysia AFF Suzuki CupIndonesia AFF Suzuki Cup KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS INDONESIA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022
MALAYSIA:MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK)(C); 2. Matthew Davies, 3. Shahrul Saad, 5. Adam Nor Azlin, 7. La’Vere Corbin-Ong; 6. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih; 11. Safawi Rasid, 20. Syafiq Ahmad, 16. Hadin Azman; 9. Norshahrul Idlan Talaha.

Subs: 4. Syahmi Safari, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 12. Akram Mahinan, 13. Mohamadou Sumareh, 14. Syamer Kutty Abba, 15. J Partiban, 17. Irfan Zakaria, 18. Dominic Tan, 19. Akhyar Rashid, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 22. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK), 23. Ifwat Akmal Chek Kassim (GK).
INDONESIA: 22. Andritany Ardhiyasa (GK)(C), 3. Yustinus Pae, 4. Zulfiandi, 7. Saddil Ramdani, 8. Evan Dimas, 9. Beto Goncalves, 10. Stefano Lilipaly, 13. Manahati Lestusen, 15. Ricky Fajrin, 21. Andik Vermansah, 23. Hansamu Yama.

Subs: 1. Teja Paku Alam (GK), 2. I Made Andhika Wijaya, 5. Yanto Basna, 6. Ferdinand Sinaga, 11. Victor Igbonefo, 12. Febri Hariyadi, 14. Ruben Sanadi, 16. Hanif Sjahbandi, 17. Irfan Bachdim, 18. Irfan Jaya, 19. Rizky Pellu, 20. Angga Saputra (GK).

LIVE STREAMING MALAYSIA LWN INDONESIA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 5.9.2019
Perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 di antara pasukan Malaysia menentang Indonesia akan disiarkan secara siaran langsung di saluran RTM 2  bermula jam 8.30 malam
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming disediakan di internet untuk aksi perlawanan ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung
Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkKelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Malaysia jadual keputusan carta