Menu Bola

Siaran langsung keputusan Malaysia vs India final badminton 2018 sukan Komanwel

03:19 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 12 March 2019 jam 05:21 PM oleh GC.editor

Skuad badminton Malaysia akan menentang India dalam perhitungan pingat emas bagi acara final berpasukan campuran badminton Sukan Komanwel 2018.

Malaysia yang diketuai oleh jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei turun beraksi dengan misi memburu emas buat kali keempat berturut-turut dalam berpasukan campuran.

Malaysia layak ke peringkat final badminton berpasukan campuran apabila menewaskan England 3-0 dalam aksi separuh akhir manakala India pula menundukkan Singapura juga dengan keputusan 3-1.

Datuk Lee Chong Wei pastinya mahu menjadikan aksi final di Gold Coast sebagai salah satu kenangan indah kerana ia merupakan penampilan terakhir beliau pada temasya sukan Komanwel.

Sementara itu, perlawanan penentuan pingat gangsa akan menyaksikan pertembungan antara Singapura dengan England.

Malaysia vs India Final Badminton Sukan Komanwel 2018

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS INDIA 9.4.2018 BADMINTON SUKAN KOMANWEL 2018 – FINAL
Perlawanan akhir acara badminton sukan Komanwel 2018 kategori berpasukan campuran membabitkan Malaysia menentang India berlangsung di Pusat Sukan dan Riadah Carrara bermula pada jam 3:30 petang, Isnin mengikut waktu di Malaysia.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan penentuan pingat emas badminton berpasukan campuran sukan Komanwel 2018 di antara pasukan Malaysia lawan (lwn) India yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
KEPUTUSAN MALAYSIA LWN INDIA – FINAL BADMINTON SUKAN KOMANWEL 2018
MalaysiaMalaysia Sukan Komanwel  
1
3
  India Sukan KomanwelIndia
No 1Beregu CampuranGame 1Game 2Game 3
Malaysia Sukan KomanwelChan Peng Soon | Goh Liu Ying142115
India Sukan KomanwelRankireddy |  Ashwini211521
No 2Perseorangan LelakiGame 1Game 2Game 3
Malaysia Sukan KomanwelLee Chong Wei1714
India Sukan KomanwelSrikanth Kidambi2121
No 3Beregu LelakiGame 1Game 2Game 3
Malaysia Sukan KomanwelGoh V Shem | Tan Wee Kiong2122
India Sukan KomanwelRankireddy | Chirag Shetty1520
No 4Perseorangan WanitaGame 1Game 2Game 3
Malaysia Sukan KomanwelSonia Cheah11219
India Sukan KomanwelSaina Nehwal211921
No 5Beregu WanitaGame 1Game 2Game 3
Malaysia Sukan KomanwelVivian Hoo | Chow Mei Kuan
India Sukan KomanwelN. Sikki Reddy | Ashwini 
KEPUTUSAN AKHIR BADMINTON BERPASUKAN CAMPURAN SUKAN KOMANWEL 2018
PemenangPasukan
Pingat EmasPingat EmasIndia Sukan Komanwel India
Pingat PerakPingat PerakMalaysia Sukan Komanwel Malaysia
Pingat GangsaPingat GangsaEngland Sukan Komanwel England

 

Info LainINFO BERKAITAN
Klik LinkCarta Penuh Pungutan Pingat Sukan Komanwel 2018
Klik LinkJadual Penuh Malaysia Badminton Sukan Komanwel 2018