Menu Bola

Siaran langsung keputusan Malaysia vs Denmark 23.5.2018 Piala Thomas 2018

15:51 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 11 March 2019 jam 11:48 PM oleh GC.editor

Kejohanan Piala Thomas pada tahun ini menyaksikan skuad badminton negara diletakkan bersama-sama Denmark, Algeria dan Russia dalam satu kumpulan. Setelah menumbangkan Algeria dan Russia dalam dua perlawanan pertama, skuad badminton lelaki kebangsaan akan bertemu sebuah lagi gergasi badminton dunia, Denmark bagi melengkapkan perlawanan kumpulan D.

Perlawanan yang dijadualkan diadakan di Impact Arena Bangkok, Thailand pada 23 Mei ni dilihat sebagai perlawanan penentu kepada status juara kumpulan D.

Dengan diketuai oleh legenda hidup badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, skuad badminton Malaysia menyenaraikan kombinasi pemain muda dan berpengalaman dalam misi membawa Piala Thomas ke Malaysia pada tahun ini.

Di usia yang dikira veteran, kejohanan Piala Thomas 2018 mungkin menjadi kejohanan terakhir buat beliau sekaligus memberi tekanan buat Malaysia untuk mencari pengganti.

Pemain-pemain muda seperti perseorangan Leong Jun Hao dan  Lee Zii Jia serta gandigan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Mohd Arif Latif merupakan harapan negara dalam meneruskan misi untuk mengembalikan status Malaysia sebagai sebuah gergasi badminton seperti di awal tahun 80 – 90 an.

Pastinya kita dapat menjangkakan sebuah perlawanan yang sengit pada perlawanan penentuan juara kumpulan ini kerana pemain-pemain Denmark juga tidak kurang hebatnya. Kedua-kedua pasukan telah memenangi dua perlawanan awal dengan keputusan 5-0 dan kini berkongsi mata yang sama.

Walaupun sudah mengesahkan tempat ke pusingan ke seterusnya, perlawanan ini penting buat Malaysia untuk mendapatkan keyakinan dan laluan yang lebih mudah pada pusingan seterusnya.

GC Icon
thomas cup my den
Logo Thomas Cup 2018 KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS DENMARK 23.5.2018 BADMINTON PIALA THOMAS 2018
Perlawanan Malaysia menentang Denmark  badminton lelaki sepasukan bagi kejohanan Piala Thomas 2018 akan berlangsung di Impact Arena Bangkok, Thailand pada hari Rabu, pukul 08:00 malam.
Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini perlawanan yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi perlawanan.
Logo Thomas Cup 2018 KEPUTUSAN MALAYSIA LWN DENMARK – BADMINTON THOMAS CUP 2018
Malaysia Malaysia Sukan Komanwel23Denmark Thomas Cup Denmark
Perseorangan 1Set 1Set 2Set 3
Malaysia Sukan Komanwel LEE Chong Wei2121
Denmark Thomas CupViktor AXELSEN 919
Beregu 1Set 1Set 2Set 3
Malaysia Sukan Komanwel GOH V Shem | TAN Wee Kiong241515
Denmark Thomas CupMads CONRAD-PETERSEN | Mads Pieler KOLDING222121
Perseorangan 2Set 1Set 2Set 3
Malaysia Sukan KomanwelLEE Zii Jia2121
Denmark Thomas Cup Hans-Kristian Solberg VITTINGHUS1818
Beregu 2Set 1Set 2Set 3
Malaysia Sukan KomanwelAaron CHIA | TEO Ee Yi211018
Denmark Thomas CupMathias BOE | Mathias CHRISTIANSEN 192121
Perseorangan 3Set 1Set 2Set 3
Malaysia Sukan KomanwelIskandar ZULKARNAIN211714
Denmark Thomas CupJan O JORGENSEN 162121

 

PAPARAN INFO BERKAITAN
Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Badminton Piala Thomas 2018