Menu Bola

Siaran langsung keputusan Malaysia vs China 26.3.2019 Kelayakan AFC B23

00:55 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 26 March 2019 jam 10:51 PM oleh GC.editor

Pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia, Harimau Muda meneruskan cabaran dalam kelayakan AFC B23 yang akan memasuki perlawanan terakhir kumpulan. Pada perlawanan ketiga ini Malaysia akan berhadapan dengan China pada 26 Mac 2019 bertempat di Stadium Shah Alam. Secara teorinya pasukan China dilihat lebih hebat berbanding Malaysia namun skuad kendalian jurulatih Ong Kim Swee tidak akan berputus asa dan akan memberi saingan sengit kepada pihak lawan.

Malaysia kini berada dalam kedudukan kedua dibelakang China dalam kumpulan J berkongsi 6 mata dengan China namun dipisahkan dengan bilangan gol mereka. Dua lagi pasukan lain adalah Laos dan Filipina masing-masing tidak berjaya mengutip sebarang mata dalam perlawanan sebelum ini. Jurulatih Ong Kim Swee yakin dengan kelebihan yang ada pada kita iaitu menjadi tuan rumah untuk kumpulan J yakin mampu memberi tentangan kepada pasukan China.

Berbekalkan kemenangan dari perlawanan sebelum ini diharap dapat memberi semangat kepada seluruh pasukan Harimau Muda. Skuad negara memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk melayakkan diri ke pusingan akhir B23 pada tahun 2020 yang akan diadakan di Thailand. 16 pasukan dimana 11 pasukan merupakan juara daripada setiap kumpulan dan 4 terbaik dari naib juara kumpulan akan bertanding dalam kejohanan itu. Thailand layak sebagai tuan rumah ke pusingan akhir.

Sokongan padu daripada penyokong setia bola sepak negara amat diperlukan bagi memberi semangat kepada bintang-bintang muda negara bagi melakar kejutan ke atas pasukan China. Pemain-pemain seperti Akhyar Rashid, Safawi Rashid dah Hadi Fayyadh yang bakal mengemudi jentera serangan Malaysia diharap dapat mempamer kemampuan sebenar mereka bagi merobek gawang China sekaligus meletakkan Malaysia di tempat selesa ke pusingan seterusnya.

GC Icon
Malaysia China U23
Malaysia AFF Suzuki CupChinaMALAYSIA VS CHINA KELAYAKAN PIALA AFC B23 2020
Perlawanan ketiga dalam saingan kumpulan J akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 26 Mac, Selasa bermula pada jam 8:45 malam waktu tempatan
Berikut ialah keputusan semasa bagi perlawanan melibatkan Malaysia dan China yang akan dikemas kini secara langsung bermula sepak mula sehingga tamat masa penuh. Turut disertakan adalah senarai penuh kesebelasan utama dan senarai pemain gantian bagi kedua-dua pasukan
KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS CHINA KELAYAKAN AFC B23 26.3.2019
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup
2
2
ChinaChina
 Penjaring Gol Zhu Chenjie 11′ OG
Penjaring Gol Danial Haqim 55′
845mlmLive ScoreZhang Yuning 16′. Penjaring Gol
Jiang Shenglong 84” Penjaring Gol. 
Malaysia AFF Suzuki CupChina KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS CHINA KELAYAKAN AFC B23
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (GK); 3. Dominic Tan, 14. Syamer Kutty Abba, 8. Shahrul Nizam Ros Hasni; 20. Syahmi Safari, 6. Danial Haqim Draman, 21. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 13. R Dinesh; 10. Safawi Rasid (C), 9. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 19. Akhyar Rashid.

Subs: 2. Amirul Ashraf Ariffin, 4. K Thivandaran, 5. Evan Wensley Wenceslaus, 7. Faisal Abdul Halim, 11. Jafri Firdaus Chew, 12. Ahmad Tasnim Fitri Nasir, 15. Hariz Kamarudin, 17. Nik Azli Nik Alias, 18. Izzan Syahmi Mustapa, 22. Azri Ab Ghani (GK), 23. Damien Lim (GK). N/A: 16. Danial Amier Norhisham.

CHINA: 1. Chen Wei (GK), 3. Li Shenyuan, 4. Jiang Shenglong, 5. Li Yang, 7. Lin Liangming, 8. Wen Jiabao, 9. Zhang Yuning, 10. Hu Jinghang, 14. Zhu Chenjie, 17. Yang Liyu, 21. Yan Dinghao (C).

Subs: 2. Tong Lei, 6. Wu Wei, 11. Lei Wenjie, 12. Guo Quanbo (GK), 13. Guo Jing, 15. Yao Daogang, 16. Zhang Yuan, 18. Huang Cong, 19. Xu Tianyuan, 20. Cao Yongjing, 22. Kudireti Abulaiti (GK), 23. Shan Huanhuan

LIVE STREAMING MALAYSIA B23 LWN CHINA B23 AFC 26.3.2019
Perlawanan ke-3 kelayakan AFC B23 Kumpulan J di antara pasukan Malaysia B23 menentang China B23 akan disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena 801 dan 802 bermula jam 8:45 malam
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming disediakan di internet untuk aksi perlawanan ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung
VIDEO LANGSUNG MALAYSIA VS CHINA KELAYAKAN AFC B23
Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Malaysia Kelayakan Piala AFC B23 2020