Siaran langsung Malaysia Vs Filipina 29.11.2019 Bola Sepak Sukan SEA 2019

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Acara Bolasepak Lelaki Sukan SEA 2019 kini sudah memasuki perlawanan yang kedua bagi skuad Harimau Muda. Pasukan Malaysia akan beraksi menentang pasukan bola sepak tuan rumah Filipina pada hari Jumaat, 29 November 2019 ini. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila yang menggunakan padang rumput jenis sintetik bermula tepat jam 8.00 malam waktu Malaysia.

Pastinya pasukan bawah 22 tahun Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee berhasrat untuk menampilkan persembahan yang lebih baik mendapatkan kemenangan perlawanan buat kali pertama dalam kejohanan ini. Menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar skuad negara mendapat 3 mata melalui kemenangan perlawanan ini bagi mempermudahkan lagi misi mendapatkan pingat emas acara bolasepak Sukan SEA 2019.

Setelah seri 1-1pada perlawanan pertama dan berkongsikan satu mata dengan pasukan Myanmar, pasukan Malaysia perlu mempamerkan aksi yang lebih bertenaga dan mempersuaikan diri bermain di atas padang sintetik.  Menurut jurulatih pasukan Malaysia Datuk Ong Kim Swee, prestasi pemain-pemain Malaysia masih lagi tidak berada di tahap memuaskan ketika perlawanan pertama lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama. Diharapkan agar skuad Harimau Muda lebih efektif memperoleh keserasian supaya dapat mempertingkatkan lagi persefahaman antara satu sama lain serta dapat menunjukkan combination play yang lebih meyakinkan untuk perlawanan menentang Filipina ini.

Skuad Harimau Muda mempunyai persiapan selama 3 hari sebelum bertemu Filipina pada hari Jumaat ini. Pasukan Filipina pula akan beraksi menentang Myanmar sebagai perlawanan mereka yang kedua sebelum bertemu Malaysia. Ini merupakan kesempatan buat pasukan Malaysia untuk menggunakan kelebihan masa rehat berbanding Filipina yang akan tampil sedikit kepenatan bagi menghadapi perlawanan menentang Malaysia.

Walau bagaimanapun, pasukan Harimau Muda perlu kekalkan fokus untuk menghadapi pasukan Filipina yang seri dengan Kemboja 1-1 pada perlawanan mereka yang pertama. Bagi mengharungi kejohanan bola sepak Sukan SEA 2019 ini, Malaysia harus mendapatkan sekurang-kurangnya 3 mata melalui kemenangan ke atas Filipina atau pihak lawan yang seterusnya.

Jurulatih Ong Kim Swee yakin prestasi pemain-pemain di bawah kendalian beliau boleh diperbaiki lagi sehingga tahap yang lebih memuaskan. Hal ini kerana kebanyakan pemain Malaysia masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan keadaan padang di stadium tuan rumah yang berumputkan jenis tiruan dan kondisinya agak berbeza dengan padang tempat mereka biasa mengadakan latihan.

GC-Icon
SEA-Games-Malaysia-vs-Philippines
Malaysia-AFF-Suzuki-Cup Philippines-AFF-Suzuki-Cup  MALAYSIA VS FILIPINA 29.11.2019 SUKAN SEA 2019
Perlawanan yang berlangsung 29 November ini merupakan perlawanan kedua buat Malaysia pada peringkat kumpulan A. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Memorial Rizal, Manila bermula jam 8:00 malam waktu tempatan
Berikut ialah keputusan secara langsung antara Malaysia menentang Filipina yang akan dikemas kini sepanjang perlawanan bermula dari awal sepak mula hingga tamat perlawanan
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS FILIPINA SUKAN SEA 2019
MalaysiaMalaysia-AFF-Suzuki-Cup
0
1
Philippines-AFF-Suzuki-Cup Filipina
Penjaring-Gol 800PMLive-Score Schrock 71′Penjaring-Gol
Malaysia-AFF-Suzuki-Cup Philippines-AFF-Suzuki-Cup  KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS FILIPINA 29.11.2019 SUKAN SEA 2019
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG); 3. Dominic Tan, 17. Irfan Zakaria, 2. Adam Nor Azlin (K); 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier, 14. Syamer Kutty Abba, 13. R. Dinesh; 19. Akhyar Rashid, 9. Hadi Fayyadh, 11. Nik Akif Syahiran.

Subs: 4. Quentin Cheng, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 7. Faisal Halim, 8. Shahrul Nizam, 10. Kogileswaran Raj, 12. Luqman Hakim, 15. Umar Hakeem, 18. Damien Lim (PG).

FILIPINA: 1. Anthony Pinthus (PG), 2. Edison Suerti, 8. Dylan Alain Lucienne De Bruycker, 9. Chima Uzoka, 10. Justin Baas, 11. Yrick Gallantes, 12. Amani Manuel Aguinaldo, 14. Javier Augustine Gayoso, 15. Vincent Mar Diano, 17. Stephan Schrock (K), 18. Christian Rontini.

Subs: 3. Marco Alessandro Casambre, 4. Jordan Blair Jarvis, 5. Dennis Chung, 6. Griffin Connor McDaniel, 7. Dimitri Lionel Limbo, 13. Mariano Suba Jr, 16. Pocholo Bugas, 19. Jerome Marzan, 20. Michael Asong (PG).
LIVE STREAMING MALAYSIA VS FILIPINA 29.11.2019 SUKAN SEA 2019
Aksi perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran RTM 2 dan Astro Arena
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming Malaysia vs Filipina disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung
Info-Lain INFO SETERUSNYA
Klik-Link Bola Sepak Sukan SEA 2019 Keputusan Dan Jadual Carta Kedudukan Malaysia
Close