Siaran langsung keputusan bola sepak B23 Malaysia vs Bahrain Sukan Asia 2018 20.8.2018

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Pasukan Harimau Muda bawah 23 tahun di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee akan bertandang ke Indonesia bagi mengharungi perlawanan Bola Sepak Sukan Asia 2018. Temasya yang gah itu telah berlangsung di Indonesia (Jakarta-Palembang). Acara bola sepak akan berlangsung bermula pada 14 Ogos 2018 hingga 1 September 2018.

Skuad negara bakal berhadapan dengan kuasa-kuasa besar bola sepak asia seperti Korea Selatan, Indonesia dan Iran yang semestinya akan menurunkan barisan terkuat mereka. Musuh tradisi atas padang negara, Indonesia juga tidak kurang hebatnya. Skuad garuda itu berjanji akan memberikan saingan sengit bagi memastikan ibu segala pingat dalam temasya kali ini menjadi milik mereka.

Pada temasya kali ini, Malaysia telah diundi bersama dalam kumpulan E yang terdiri daripada Korea Selatan, Kyrgyzstan dan juga Bahrain. Setakat ini, Malaysia telah memberikan persembahan terbaik mereka dengan kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan yang paling mengejutkan Malaysia berjaya menundukkan Korea Selatan dengan keputusan 2-1 pada 19 Ogos lalu.

Ini merupakan satu petanda baik bagi skuad muda negara untuk mengorak langkah ke peringkat seterusnya. Pengendali skuad muda negara, Datuk Ong Kim Swee yakin dan percaya pada Sukan Asia 2018 kali ini Malaysia mampu memberi saingan sengit kepada negara-negara lain. Untuk rekod pencapaian terbaik Malaysia adalah  ketika Sukan Asia 1962 di Jakarta dengan memperoleh pingat gangsa dan juga ketika edisi di Tehran, Iran pada tahun 1974.

Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Bahrain pada 20 Ogos 2018 untuk perlawanan peringkat kumpulan E. Secara logiknya, Malaysia sudah pon layak untuk ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kalah mati. Namun Malaysia tetap akan menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka. Rakyat Malaysia diseru memberi sokongan yang padu kepada pasukan negara. Semoga kejayaan milik negara kita pada edisi kali ini.

GC-Icon
PIALA-ASIA-2018-MAS-VS-BAH
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS BAHRAIN 20.8.2018 | SUKAN ASIA 2018
Perlawanan peringkat kumpulan Malaysia menentang Bahrain akan berlangsung pada 20 Ogos 2018 jam 8:00 malam hari Isnin.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan peringkat kumpulan Sukan Asia 2018 di antara pasukan Malaysia lawan (lwn) Bahrain yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
RESULT MALAYSIA VS BAHRAIN SUKAN ASIA 2018
MalaysiaMalaysia-AFF-Suzuki-Cup
2
3
bahrain-icon Bahrain
Penjaring-Gol  Syahmi Safari 20′
Sepakan-Penalti Safawi Rasid 90 +3
FulltimeMasa-Penuh Mohamed Hardan  33′, 89′ Penjaring-Gol
Hamad Alshamsan 37′ Penjaring-Gol
Malaysia-AFF-Suzuki-Cup bahrain-icon KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS BAHRAIN 20.8.2018 KUMPULAN E
MALAYSIA: 1-Ifwat Akmal Chek Kassim (GK); 2-Adib Zainudin, 9-Adam Nor Azlin, 3-Syazwan Zaipol Bahari; 5-Syahmi Safari, 7-Baddrol Bakhtiar (C), 16-Nik Akif Syahiran Nik Mat, 13-Tommy Mawat Bada; 8-Faisal Abdul Halim, 10-Hadi Fayyadh Abdul Razak, 19-Kogileswaran Raj.

Sub: 4-Rodney Celvin Akwensivie, 11-Safawi Rasid, 14-Dominic Tan, 17-Irfan Zakaria, 18-Akhyar Rashid, 20-Syafiq Ahmad, 21-Syazwan Andik Ishak, 22-Haziq Nadzli (GK)

BAHRAIN: 19-Ammar Ahmed (GK), 3-Ahmed Bughammar, 5-Hamad Alshamsan, 7-Ali Yahya, 8-Mohamed Marhoon, 9-Ahmed Sanad, 10-Mohamed Hardan (C), 12-Jasim Alsalama, 15-Hasan Alkarrani, 16-Hashim Hashim, 18-Abdulrahman Ahmedi

Sub: 1-Abdulaziz Aalkandari (GK), 4-Husain Sabba, 6-Husain Alkhayyat, 11-Abdulaziz Almansoori, 13-Sayed Ebrahim Mohsen, 14-Abbas Alasfoor, 17-Ahmed Alsherooqi, 20-Yusuf Shabaan (GK)

 

Info-Lain INFO BERKAITAN
Klik-Link Jadual dan Carta Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2018 Malaysia
Close