Menu Bola

Siaran langsung Malaysia Vs Australia 19.8.2019 AFF U18 Next Media Cup

00:07 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 11 November 2019 jam 12:50 AM oleh GC.editor

Kejohanan Piala AFF B18 kini telah sampai ke kemuncaknya. Skuad Harimau Muda negara berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir AFF U18 Next Media Cup setelah berhempas pulas pada peringkat separuh akhir.  Final kejohanan ini akan menemukan pasukan bola sepak bawah 18 tahun Malaysia dan juara Kumpulan B, Australia. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2019 ini Stadium Thong Nat, Ho Chi Minh.

Berdasarkan rekod, perlawanan ini merupakan pertemuan kali kedua setelah Malaysia mengejutkan Australia bagi memperoleh kemenangan 3-0 pada peringkat kumpulan. Kekalahan ini merupakan satu-satunya kekalahan pasukan Australia pada kejohanan ini. Pastinya anak buah Brad Maloney mengharapkan untuk mengulangi kejayaan sama bagi memenuhi misi mempertahankan trofi kejuaaran kejohanan ini.

Namun begitu, skuad Malaysia tidak boleh terlalu yakin dan hendaklah kekal fokus dalam perlawanan ini. Bahagian pertahanan negara perlu diperkemaskan setelah dilihat agak longgar dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Australia dilihat mempunyai kelebihan setelah Malaysia dipaksa bermain sehingga ke minit 120 pada perlawanan separuh akhir. Meskipun begitu, Brad Maloney kekal optimis dan mengharapkan anak buahnya mampu untuk mempamer kebolehan sebenar pada perlawanan akhir ini.

Ayam tambatan Malaysia, Luqman Hakim yang kini telah menyumbat 4 gol sepanjang kejohanan ini dijangka akan menjadi tumpuan pada perlawanan ini.  Beliau telah merobek gawang Australia sebanyak 2 kali pada perlawanan menentang Austalia sebelum ini. Pastinya kudrat beliau amat ditagih pada perlawanan ini bagi memastikan Malaysia menggondol kejuaran ini bagi 2 tahun berturut-turut. Diharapkan ekor harimau Malaysia akan memberi  sokongan padu kepada pasukan bola sepak bawah 18 tahun negara bagi memperoleh kemenangan pada perlawanan ini.

GC Icon
Mas vs Aus AFF U18
Malaysia AFF Suzuki CupAustraliaMALAYSIA VS AUSTRALIA FINAL PIALA AFF B18 2019
Perlawanan akhir melibatkan Malaysia dengan Australia akan berlangsung di Stadium Thong Nat pada 19 Ogos, Isnin bermula pada jam 8.30 malam waktu tempatan
Berikut ialah keputusan semasa bagi perlawanan antara Malaysia dan Australia yang akan dikemas kini secara langsung bermula sepak mula sehingga tamat masa penuh. Turut disertakan adalah senarai penuh kesebelasan utama dan senarai pemain gantian bagi kedua-dua pasukan
KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS AUSTRALIA AFF U18 NEXT MEDIA CUP
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup
0
1
AustraliaAustralia
Penjaring GolFulltime Masa Penuh79′ Lachlan Ricky Brook Penjaring Gol
Malaysia AFF Suzuki CupAustralia KESEBELASAN PEMAIN MALAYSIA VS AUSTRALIA FINAL AFF B18 2019
MALAYSIA: 23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (GK); 14. Ahmad Zikri Mohd Khalili, 5. Harith Haiqal Adam Afkar, 4. Muhammad Azrin Afiq Rusmini; 6. Muhammad Azam Azmi Murad, 8. Muhammad Firdaus Kaironnisam, 7. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (C), 16. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan; 9. Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid, 10. Luqman Hakim Shamsudin, 19. Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim.

Subs: 1. Firdaus Irman Mohd Fadhil (GK), 2. Muhammad Firdaus Ramli, 3. Muhammad Wazif Nazarail, 11. Muhammad Faris Kamardin, 12. Muhammad Aidil Azuan, 13. Muhammad Fakrul Iman Naszari, 15. Muhamad Nuh Azlan Syah Mohd Yusof, 17. Alan Lagang Keryer, 18. Mohd Nasip Mohammad Zain, 20. Mohd Aiman Afif Md Afizul, 21. Akmal Hazim Ismail, 22. Muhammad Riezman Irfan Mustafah (GK).

AUSTRALIA: 18. Kai James Calderbank-Park (GK), 2. Thomas Kevin Aquilina, 4. Kristian Popovic, 5. Thomas Lachlan Fay, 6. Louis Joseph D’Arrigo, 8. Fabian Andres Monge, 10. Dylan Enrique Ruiz-Diaz, 13. Kai Clifton Trewin, 15. Noah Henry Pagden (C), 17. Marco Tilio, 20. Lachlan Ricky Brook.

23Subs: 1. Noah Paul James (GK), 3. Alec Campbell Mills, 7. Jarrod Carluccio, 9. Harry Pola Mccarthy, 11. Lochlan Dean Constable, 12. Jackson Henry Sidney Lee (GK), 14. Ryan Francis Goodhew, 16. Bradley Gareth Chick, 19. Gianluca Angelo Iannucci, 21. Jake John Hollman, 22. Lleyton Andrew Tanabe Brooks, 23. Jai Lenny King-Byrne.

 

Info LainINFO SETERUSNYA
Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Malaysia Piala AFF B18 2019