Tarikh dan masa malam Nisfu Syaaban 2020 1441H di Malaysia

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk menghayati bulan Syaaban antara bulan yang mulia di sisi Allah swt terutamanya pada malam nisfu Syaaban yang akan kita lalui.

Bulan Syaaban di antara bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda.

Nisfu Syaaban mengingatkan umat Islam akan kedatangan Ramadhan. Oleh itu hanya beberapa minggu sahaja lagi kita memasuki gerbang Ramadan yang penuh keberkatan dan keistimewaan termasuklah malam yang paling mulia, lailatul qadar. Semoga kita menemukannya pada tahun ini. Amin.

Jelas Rejab dan Syaaban berperanan sebagai kelas persediaan untuk memasuki Ramadan termasuklah yang akan kita tempuhi iaitu malam nisfu Syaaban.

TARIKH DAN MASA MALAM NISFU SYA’BAN TAHUN 2020M 1441H DI MALAYSIA SERTA AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu bermakna separuh. Maka Nisfu Syaaban bererti separuh Syaaban, iaitu 15 Syaaban. Justeru, malam 15 Syaaban seperti 15 haribulan Hijrah yang lain, bumi terang benderang dengan cahaya bulan kerana kedudukan bulan yang penuh atau purnama.

Berdasarkan kalendar hijrah tahun ini (1441H) 1 syaaban 1441H bersamaan 26 Mac 2020 manakala 15 Syaaban 1441H adalah bersamaan 9 April 2020.

GC Icon
Malam Nisfu Syaban
TARIKH DAN MASA MALAM NISFU SYAABAN DI MALAYSIA
Malam Nisfu Syaaban adalah pada tarikh 8 April 2020 (Rabu) masanya, sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib.
Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1441 Hijrah.
IBADAT DAN AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN
TickSebenarnya tidak ada amalan atau doa khusus untuk dilakukan dan dibacakan pada Nisfu Syaaban. Kita mesti ingat bahawa Allah swt sentiasa membuka pintu taubat bukan pada malam Nisfu Syaaban sahaja bahkan ia sentiasa terbuka waktu pagi dan petang, siang dan malam.
TickUmat Islam boleh menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti solat sunat, berdoa memohon keampunan, berzikir dan membaca Al-Qur’an.
TickSebagai pengetahuan, hadis sahih mengenai kebaikan dan kelebihan malam Nisfu Syaaban itu memang ada. Bagaimanapun, umat Islam dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai kelebihan mahupun ganjaran yang menanti jika mengerjakan amalan-amalan tertentu ataupun dikhaskan pada malam Nisfu Syaaban yang kononnya berpandukan hadith terutamanya menerusi bacaan di internet. Ini kerana kebanyakkan ganjaran serta amalan yang dikatakan wajib dilakukan pada malam Nisfu Syaaban seperti didakwa bersandarkan hadis itu adalah diragui dan tidak sahih ataupun palsu.
Close