Permohonan MTD 2024 kemasukan ke Royal Military College (RMC)

Maktab Tentera DiRaja Malaysia (MTD) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menawarkan pendidikan disertakan dengan latihan ketenteraan. MTD terletak di Sungai Besi lebih kurang 13 kilometer daripada Bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan salah sebuah sekolah pilihan ibu bapa yang telah melahirkan ramai tokoh negara sejak awal penubuhannya hingga sekarang.

Kemasukan pelajar ke MTD dibuka setiap tahun dan hanya terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan 3 untuk kemasukan ke Tingkatan 4. Untuk pengetahuan semua, antara matlamat penubuhan MTD adalah untuk melahirkan lebih ramai belia yang mempunyai asas latihan ketenteraan dan berkelayakan untuk menjadi pegawai tentera.

Menurut sumber daripada portal rasmi MTD, keutamaan akan diberikan keutamaan kepada pelajar yang aktif dalam aktiviti kokorikulum seperti sukan, kelab dan persatuan. Selain itu mempunyai Body Mass Index (BMI) 18 hingga 27, ukuran dada 74cm minima dan sekurang-kurangnya 7A pada PT3 tahun sebelum ambilan. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi putera MTD anda boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan secara atas talian di portal rasmi MTD.

Permohonan Putera Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) MTD Sesi 2024

Berikut adalah maklumat bagi tahun 2024. Mengikut sumber daripada portal rasmi MTD, permohonan kemasukan ke MTD secara atas talian (Online) telah dibuka. Kepada pelajar yang berminat membuat permohonan kemasukan MTD, kami kongsikan cara membuat permohonan ke MTD serta syarat kemasukan sebagai rujukan untuk semua:

Tarikh Permohonan MTD 2024

Dibuka : 1 Ogos 2023

Ditutup : 17 September 2023

Tarikh di atas adalah seperti yang dimaklumkan oleh pihak KPM. Sebarang perubahan akan dikemas kini segera.

Mulai ambilan 2021, kemasukan ke MTD adalah diselaraskan bawah satu sistem oleh KPM bersama-sama permohonan ke SBP, SMKA, KV dan SMT.

Tarikh Semakan Sesi Pemilihan MTD 2024 

 Calon WP Labuan, Sabah, Sarawak : 6 hingga 10 November 2023

 Calon Semenanjung: 9 dan 16 November 2023

Tarikh di atas adalah seperti yang dimaklumkan oleh pihak MTD. Pemohon yang berjaya akan dihubungi secara emel pada tarikh di atas. Pastikan semak emel pemohon/ penjaga di bahagian Inbox/ Junk/ Spam Folder. Pemohon dikehendaki memberi maklum balas kehadiran dengan mengisi borang atas talian di pautan yang diberikan.

Cara Membuat Permohonan Ke MTD

Permohonan perlu dilakukan secara atas talian melalui pautan seperti di bawah. Sila lengkapkan segala butiran yang diperlukan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

PERMOHONAN ONLINE KE MAKTAB TENTERA DIRAJA

Syarat Kemasukan Ke MTD

Tawaran kemasukan ke MTD terbuka kepada pelajar lelaki lepasan Tingkatan Tiga tahun 2024 dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia serta menepati syarat-syarat seperti di bawah

Kelayakan Akademik

  1. Memperoleh keputusan baik dalam Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus secara dalam talian melalui KPM
  2. Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja

Syarat Fizikal Dan Kesihatan

Ciri-ciriPerkara
TinggiMinimum 152 cm
BMI18 – 27
KesihatanSihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti.

Tidak mempunyai masalah kesihatan seperti di bawah (tidak terhad):
a. Flat foot
b. BMI antara 18 hingga 27
c. Impacted earwax
d. Asthma
e. Scoliosis (tulang belakang bengkok)
f. Varicose vein
g. Colour blindness (rabun warna)
h. Myopia (rabun jauh) 6/12
i. G6PD-deficiency
j. Haemorrhoids (buasir)
k. Inguinal hernia
l. Tinea (Jangkitan kulat pada kulit)
m. Uneven shoulder
n. Braces (Tidak dibenarkan memakai pendakap gigi)
o. Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan

PenglihatanTidak rabun warna dan jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi jarak penglihatan 6/12
Ukuran DadaMinimum 74 cm (biasa) / 79 cm (tarik nafas)
BeratMinimum 40.5 kg
EmelWajib mempunyai emel persendirian yang sah dan aktif

Pembiayaan Pengajian

Kos pengajian pelajar sepanjang berada di MTD adalah percuma di bawah pembiayaan KPM. Kos termasuk penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alat tulis. Namun pelajar hanya perlu membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan

Pelajar juga akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan sepanjang pengajian di MTD

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui:

Unit Pengambilan & Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera,
Maktab Tentera Diraja.
Tel : 03-89465562/5565 Isnin-Jumaat (8.15 pagi-5.00 petang)