Permohonan kemasukan ke Royal Military College (RMC) sesi 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Maktab Tentera DiRaja Malaysia (MTD) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menawarkan pendidikan disertakan dengan latihan ketenteraan. MTD terletak di Sungai Besi lebih kurang 13 kilometer daripada Bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan salah sebuah sekolah pilihan ibu bapa yang telah melahirkan ramai tokoh negara sejak awal penubuhannya hingga sekarang.

Kemasukan pelajar ke MTD dibuka setiap tahun dan hanya terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan 3 (PT3 tahun semasa) untuk kemasukan ke Tingkatan 4. Untuk pengetahuan semua, antara matlamat penubuhan MTD adalah untuk melahirkan lebih ramai belia yang mempunyai asas latihan ketenteraan dan berkelayakan untuk menjadi pegawai tentera.

Menurut sumber daripada portal rasmi MTD, keutamaan akan diberikan keutamaan kepada pelajar yang aktif dalam aktiviti kokorikulum seperti sukan, kelab dan persatuan. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi putera MTD anda boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan secara atas talian di portal rasmi MTD.

PERMOHONAN PUTERA KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT (4) MTD SESI 2020-2021

Mengikut sumber daripada portal rasmi MTD, permohonan kemasukan ke MTD telah dibuka. Kepada pelajar yang berminat, kami kongsikan cara membuat permohonan ke MTD serta syarat kemasukan sebagai rujukan untuk semua:

GC Icon
permohonan kemasukan MTD
TARIKH PERMOHONAN MTD 2019
BukaTutup
7 Julai 2019
5 Disember 2019
Tarikh di atas adalah seperti yang dimaklumkan oleh pihak MTD melalui laman facebook rasminya. Sebarang perubahan akan dikemas kini segera.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE MTD
Permohonan perlu dilakukan secara atas talian melalui pautan seperti di bawah. Sila lengkapkan segala butiran yang diperlukan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

PERMOHONAN ONLINE KE MAKTAB TENTERA DIRAJA

SYARAT KEMASUKAN KE MTD
Tawaran kemasukan ke MTD terbuka kepada pelajar lelaki yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2020 serta menepati syarat-syarat seperti di bawah
Kelayakan Akademik
No 1Memperoleh keputusan PT3 2019 sekurang-kurangnya 7A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
No 2Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik
Syarat Fizikal Dan Kesihatan
Ciri-ciriPerkara
TinggiMinimum 152 cm
BMI18 – 27
KesihatanSihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti.
PenglihatanTidak rabun warna dan jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi jarak penglihatan 6/12
Ukuran DadaMinimum 74 cm (biasa) / 79 cm (tarik nafas)
BeratMinimum 40.5 kg
PEMBIAYAAN PENGAJIAN
Kos pengajian pelajar sepanjang berada di MTD adalah percuma di bawah pembiayaan KPM. Kos termasuk penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alat tulis. Namun pelajar hanya perlu membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan
Pelajar juga akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan sepanjang pengajian di MTD
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui:
Klik LinkLaman Facebook Rasmi Maktab Tentera Diraja (MTD)
Unit Pengambilan & Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera,
Maktab Tentera Diraja.
Tel : 03-89465562/5565 Isnin-Jumaat (8.15 pagi-5.00 petang)
Close