Maksud B40 M40 Dan T20 Golongan Isi Rumah Ikut Pendapatan
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Pada 2 November 2018 yang lalu, Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat Malaysia. Pembentangan bersejarah itu telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng dihadapan ahli-ahli parlimen dari pihak kerajaan dan juga pembangkang serta disaksikan secara langsung oleh rakyat melalui saluran Radio Televesyen Malaysia (RTM). Beliau juga mengumumkan tema belanjawan kali ini iaitu Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dengan peruntukan sebanyak RM 314.5 bilion.
Berdasarkan pembentangan tersebut, golongan yang paling banyak mendapat manfaat adalah golongan B40. M40 merupakan kumpulan kedua yang menerima manfaat daripada belanjawan 2019 dan diikuti T20 seperti yang diumumkan.
Klasifikasi jumlah pendapatan isi rumah di Malaysia telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics. Berdasarkan kajian yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, satu laporan mengenai julat pendapatan rakyat Malaysia boleh diperolehi. Dengan itu, ia dapat membantu kerajaan merancang jenis bantuan yang diperlukan terus kepada golongan yang memerlukan.
Melalui dapatan itu, kerajaan telah membahagikan jumlah pendapatan isi rumah kepada tiga kumpulan. Ianya terdiri daripada holongan B40, M40 dan T20. Kerajaan percaya melalui cara ini ia dapat membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan isi rumah yang rendah. Melalui kajian yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2.7 juta rakyat adalah tergolong dalam golongan B40 dan ianya merupakan golongan sasar yang wajib dibantu.
APA ITU MAKSUD KUMPULAN PENDAPATAN B40, M40 DAN T20? TAKRIF ISI RUMAH MENGIKUT JUMLAH PENDAPATAN DI MALAYSIA
Berikut kami kongsikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan B40, M40 dan T20 serta beberapa rancangan khusus untuk kumpulan B40 yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2019:
![]() |
MAKSUD B40, M40 DAN T20 |
B40 | M40 | T20 |
Nama lain adalah bottom 40 yang merujuk kepada jumlah pendapatan yang terendah | Nama lain adalah Middle 40 yang merupakan kumpulan isi rumah pertengahan | Nama lain adalah Top 20 yang merupakan golongan yang paling banyak memperolehi jumlah pendapatan isi rumah |
40% rakyat Malaysia daripada golongan ini | 40% daripada rakyat Malaysia terdiri daripada golongan ini | 20% daripada rakyat Malaysia merupakan terdiri daripada golongan ini |
Purata pendapatan keluarga adalah kurang daripada RM 3,860 | Purata pendapatan keluarga mestilah antara RM 3,860 hingga RM 8,319 | Mempunyai pendapatan isi rumah tertinggi bermula daripada RM 8,319 |
RANCANGAN KHUSUS B40 MELALUI BELANJAWAN 2019 |
Berikut merupakan beberapa rancangan yang dikhususkan bagi membantu kumpulan B40 melalui belanjawan 2019: |