Kawasan Liputan MyFreeView TV atau MyTV seluruh negeri di Malaysia

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Umum mengetahui bahawa MyFreeView atau MyTV merupakan saluran digital televisyen percuma yang diberikan kepada dua (2) juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) yang kini dikenali sebagai Bantusan Sara Hidup – BSH. Semakan nama penerima yang layak mendapat dekoder MyTV secara percuma boleh dilakukan secara atas talian/online, SMS ataupun menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MyTV. Tahniah diucapkan buat yang telah melakukan semakan dan menerima dekoder MyTV percuma.

Mereka yang tidak disenaraikan sebagai penerima dekoder percuma boleh mendapatkan Dekoder DVB-T2 berharga lebih kurang RM187 di kedai-kedai elektrik terpilih di seluruh negara serta boleh dibeli di lawan web Pensonic. Wakil Penjual adalah terlatih dan boleh memberikan maklumat dan khidmat nasihat mengenai liputan siaran dan cara pemasangan sekiranya perlu.

Untuk menikmati tayangan daripada 13 jenis siaran TV berbeza serta lebih dari lima jenis saluran radio, pengguna perlu mengetahui dan memasang dekoder MyTV dalam kawasan liputan siaran MyTV di Malaysia. Mengetahui kawasan liputan dapat memudahkan pengguna dalam proses pemasangan dekoder dan penetapan kedudukan aerial UHF. Pemilihan isyarat juga perlu dilakukan dengan betul iaitu lebih 80% sekiranya ingin memperoleh siaran TV digital yang jelas.

Kawasan liputan siaran MyTV yang dahulu agak terhad kini merangkumi 98 peratus dari jumlah kawasan di seluruh negara setelah lebih 60 buah pencawang TV digital dibina sebagai alat pemancar. Maklumat berkaitan senarai Kawasan Liputan MyFreeView TV atau MyTV seluruh negeri di Malaysia yang dikongsikan dapat digunakan sebagai rujukan buat para pengguna.

Kepada yang masih tertanya-tanya, MyFreeView TV adalah merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan. Ianya merupakan salah satu projek nasional yang bertujuan untuk menyediakan liputan siaran TV yang lebih jelas secara percuma. Dengan MyFreeView TV, pengguna dapat menikmati tontonan dalam bentuk siaran TV digital. Hanya sebuah dekoder (kecuali IDTV) serta aerial penerimaan UHF yang diperlukan bagi membolehkan para pengguna untuk menikmati siaran TV digital ini.

SENARAI KAWASAN LIPUTAN SIARAN MYFREEVIEWTV ATAU MYTV DI SELURUH NEGERI DI MALAYSIA

Kawasan liputan MyTV merangkumi sebahagian besar lokasi bagi setiap negeri di Malaysia kecuali negeri Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya di mana seluruh negeri tersebut menjadi kawasan liputan MyTV. Berikut dikongsikan senarai Kawasan Liputan MyFreeView TV atau MyTV seluruh negeri di Malaysia buat panduan semua:

GC-Icon
kawasan-liputan-mytv
JOHOR
Benut Layang-Layang Bandar Tenggara
Gugusan Taib Andak Kota Tinggi Ulu Tiram
Kulai Senai  Pekan Nanas 
Pontian Kukup Skudai
Gelang Patah Nusajaya Tanjung Kupang Johor Bahru
Seri Alam Masai Pasir Gudang
Batu Pahat Muar Bandar Tenggara
SELANGOR
Gombak Rawang Batu Arang
Bestari Jaya Tanjong Karang Kuala Selangor
Jeram Puncak Alam Kelang
Sungai Buloh Subang Shah Alam
Petaling Jaya Kajang Hulu Langat
Semenyih Beranang Serdang
Bangi Puchong Cyberjaya
Dengkil Sepang Sungai Pelek
Banting Sekinchan Sungai Besar
Sabak Bernam Kuala Kubu Baru
PERAK
Manjung Lekir Ipoh
Teluk Intan Bagan Datoh Hutan Melintang
Sabak Bernam Langkap Kampong Gajah
Bidor Tapah Kampar
Gopeng Batu Gajah Tanjung Tualang
Parit Lambor Tronoh
Seri Iskandar Bota Tanjung Malim
Slim River Sungkai Bidor
Hutan Melintang Taiping Kuala Kangsar
Larut Matang Kerian
Ulu Perak Pulau Pangkor Lumut
Sitiawan
PULAU PINANG
Penaga Kepala Batas Tasek Gelugor
Georgetown Pulau Pinang Timur Seberang Perai
Pulau Tikus Tanjung Tokong Tanjung Bungah
Prai Bukit Mertajam Simpang Ampat
Butterworth Permatang Pauh Seberang Jaya
KEDAH
Kuala Ketil Padang Serai Kulim
Bukit Selambau Sungai Petani Kota Kuala Muda
Merbok Yan Bedong
Jitra Jeniang Sik
Kuala Kedah Alor Setar Kepala Batas
Gurun Kota Sarang Semut Pendang
PAHANG
Rompin Nenasi Bandar Tun Razak
Chini Bt. Ibam Muadzam Shah
Sri Jaya Maran Jengka
Triang Chenor Kuala Krau
Temerloh Mentakab Karak
Gambang Pekan Bentong
Sungai Pancing Bukit Goh Cherating
Kuantan Balok Gebeng
TERENGGANU
Geliga (Chukai) Setiu Dungun
Kuala Berang Ajil Bukit Payong
Kedai Buluh Kelulut Marang
Besut Batu Rakit Chalok
Kuala Terengganu Gong Badak
KELANTAN
Pasir Putih Ketereh Pasir Mas
Tanah Merah Kuala Krai Bachok
Machang Melor Kota Bharu
Tumpat
SABAH
Batu Putih Sentosa Kota Kinabatangan
Andrassy Pulau Kaniogan Sepilok
Pulau Sebatik Tanjung Batu Laut Tawau
Tuaran Sulaman Kota Belud (sebahagian)
Tamparuli Karambunai Sepangar
Pulau Gaya Likas Inanam
Kota Kinabalu Penampang Kinarut
Kuala Penyu Membakut Papar
SARAWAK
Sibu Oya Balingian
Mukah Dalat Selangau
Karap Beluru  Lutong
Miri Marudi Bekenu
Bayong Bintangor Sarekei
Petra Jaya Asajaya Sebangan
Rampangi Santubong Kuching
Siburan Kota Sentosa Kota Samarahan
Bau Lundu Sematan
NEGERI SEMBILAN
Rembau (sebahagian) Port Dickson (sebahagian) Senawang (sebahagian)
Seremban (sebahagian) Tampin Lenggeng
Nilai Labu Mantin
MELAKA
Seluruh Melaka Tampin Jasin
KUALA LUMPUR
Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
PUTRAJAYA
Seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya
PERLIS
Sebahagian Negeri Perlis
Info-Lain INFO LANJUT
Klik-Link Peta Kawasan Liputan Siaran DTT
Close