Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020 (LMTS)

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Anggaran secara kasar seramai 25,000 orang daripada rakyat negeri Terengganu yang terdiri daripada para belia berumur di antara 16 hingga 40 tahun berpeluang mendapat lesen motosikal percuma seperti diumumkan oleh Kerajaan PAS Terengganu. Ianya menerusi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang baru diperkenalkan pada tahun 2019 lalu.

Kerajaan PAS Terengganu melalui manifesto pada pilihanraya umum ke 14 sebelum ini ingin merealisasikan harapan mereka untuk membuat pemberian lesen motosikal secara percuma melalui program LMTS bagi golongan belia yang layak. Kepada mereka yang berminat, sila layari laman sesawang iDana Terengganu untuk membuat permohonan. Untuk memudahkan para pemohon, mereka yang layak boleh membuat permohonan sendiri secara online dengan menggunakan Sistem Agihan Bantuan.

Bagi bantuan ini, kerajaan negeri Terengganu telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM7 juta dana bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal B2 yang mensasarkan folongan belia serta beliawanis yang berusia antara 16 hingga 40 tahun.

PERMOHONAN LMTS ONLINE LESEN MOTOSIKAL PERCUMA TERENGGANU SEJAHTERA 2020

Berikut merupakan panduan kepada pemohon serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan lesen memandu B2 secara percuma menerusi sistem yang telah disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan bantuan LMTS 2020 ini boleh memohon melalui cara yang disediakan berikut.

GC Icon
LMTS 2019
PERMOHONAN LMTS SECARA ATAS TALIAN
Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMRSO boleh dilakukan secara atas talian melalui Portal Rasmi Bantuan Terengganu iDana yang dinyatakan seperti berikut:
alert warningPeringatan penting semasa membuat permohonan:
TickMasukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan pada butang SEMAK
TickTanda pada kotak Lesen B2 dan tekan pada butang PERMOHONAN BARU
TickBaca syarat kelayakan dan tandakan pada kotak pengakuan serta tekan pada butang SETUJU
TickIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan tekan pada butang HANTAR PERMOHONAN setelah selesai isi kesemua maklumat anda
PERMOHONAN LMTS MENGGUNAKAN BORANG MANUAL
Permohonan LMTS juga boleh dilakukan dengan mengisi borang secara manual dengan mendapatkan borang di Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa, borang-borang yang telah lengkap diisi perlulah dihantar semula ke pejabat di mana anda ambil borang tersebut
TARIKH PERMOHONAN LMTS 2020
BUKATUTUP
20 Februari 20205 Mac 2020
Harap maklum bahawa kepada pemohon yang telah layak mendapat bantuan ini dijangka akan menerima bantuan dalam bentuk baucar. Baucar tersebut boleh didapatkan pada tarikh yang akan dikemaskini. Dengan menggunakan baucar tersebut, penerima hendaklah membawanya ke mana-mana Institut Latihan Memandu yang berdaftar serta terpilih di negeri Terengganu sahaja. Kemudian pemohon akan menjalani latihan dan peperiksaan sehingga lulus seterusnya berjaya mendapatkan lesen motosikal B2 anda
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LMTS 2020
Berikut merupakan syarat -syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon bagi mendapatkan bantuan LMTS 2020:
No 1Anda hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) atau manual (mengisi borang)
No 2Anda hendaklah berusia dari 16 hingga 40 tahun bagi Lesen B2 sahaja
No 3Bantuan ini dibuka kepada pemohon-pemohon yang bujang dan juga kepada yang sudah berkahwin
No 4Anda hendaklah terdiri daripada anak jati negeri Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun (yang perlu mendapatkan pengesahan MPKK)
No 5Jumlah pendapatan bulanan anda hendaklah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan (berasaskan gaji pokok)
No 6Program ini adalah program pertama kali sahaja dan tiada program susulan. Buat permohonan yang telah gagal dalam permohonan kali pertama, anda tidak layak memohon
No 7Anda yang masih belajar di Sekolah/IPT/Pusat Kemahiran juga layak memohon tetapi mereka perlu mendapatkan pengesahan tempat masing-masing
No 8Latihan atau Kursus di Institut Latihan Memandu dalam negeri Terengganu sahaja dan peserta perlu hadir ke tempat yang telah dipilih oleh Kerajaan Negeri sahaja
No 9Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada MPKK termasuk salinan dokumen-dokumen berikut:
bullet pointi. MyKad Pemohon.
bullet pointii. Slip gaji / Pengesahan Tempat Belajar (mana-mana yang berkaitan)
bullet pointiii. Buat pemohon yang tiada slip gaji, sila kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang telah disahkan oleh MPKK dan Penghulu Mukim.
bullet pointiv. Pemohon OKU yang ingin mendapatkan lesen ini perlu mengepilkan bersama salinan Kad OKU
No 10Anda hendaklah tidak disenarai hitam oleh PDRM dan JPJ
No 11Kos yang ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri hanyalah kos membuat lesen dan insuran sahaja tidak termasuk kos yang dikenakan oleh Institut Memandu kepada pemohon seperti kos pengangkutan dan lain-lain.
No 12Kerajaan Negeri Terengganu berhak menolak permohonan dan meminda mana-mana syarat di atas dari semasa ke semasa.
Syarat-syarat terperinci boleh dilihat pada pautan di bawah:
Klik Link Syarat- Syarat Kelayakan Bagi Permohonan Agihan Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu 
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN PERMOHONAN LMTS 2020
Sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan LMTS 2020, anda boleh menghubungi butiran yang telah disediakan seperti berikut:
TickTel. : 09-623 1957
TickFax : 09-625 1990
TickAlamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggganu Tingkat 15, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman
TickE-mail : webmastersuk@terengganu.gov.my
Close