Senarai Laman Web Pencarian Kerja Kosong Terkini Di Malaysia

Dulu kita boleh menyatakan keyakinan apabila seseorang pelajar tamat pengajian dari mana-mana universiti, peluang pekerjaan sudah tersedia. Namun kini pandangan itu berubah sama sekali. Bahkan di peringkat parlimen juga telah dibincangkan isu ini di mana sejumlah 50,000 graduan akan menganggur untuk tempoh 6 bulan setelah tamat belajar. 31.4% graduan yang menganggur adalah pemegang sijil ijazah.

Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai laman web pencarian kerja kosong boleh didapati kini. Platform ini diwujudkan untuk memudahkan graduan mencari kekosongan kerja di mana-mana industri. Dahulu, graduan perlu mencari kekosongan kerja di surat khabar, iklan di radio dan televesyen. Kini graduan hanya perlu mengakses internet dan menghantar maklumat yang diperlukan ke bakal majikan atau ejen pencari kerja secara online.

Majikan akan analisa resume yang anda hantar secara atas talian di laman web carian kerja kosong. Jika anda layak, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga. Tetapi anda juga perlu berhati-hati dengan laman web yang kurang dipercayai. Ada kemungkinan anda akan ditipu oleh mereka.

Senarai Laman Web Cari Kerja Kosong Terkini Popular Di Malaysia

Oleh itu, kami kongsikan senarai laman web carian kerja kosong untuk anda terutama graduan yang baru sahaja tamat pengajian. Anda boleh cuba nasib untuk menghantar resume anda di salah satu laman web ini. Berikut adalah senarai laman web pencarian kerja kosong terkini:


Jobstreet

  • Jobstreet adalah laman web sumber kerjaya yang terawal diwujudkan di Malaysia
  • Pada tahun 1997 merupakan tahun dimana ia bermula dan kini JobStreet merupakan syarikat pekerjaan online terbesar di South East Asia
  • Jobstreet juga terkenal dalam kalangan graduan untuk mencari jawatan kosong
  • Kajian daripada JobStreet.com, untuk tahun 2014, 80% daripada majikan telah mengambil graduan yang baru sahaja tamat pengjian dan memberikan mereka peluang pekerjaan
  • JobStreet.com

WOBB

  • Working On Beans Bags (WOBB) merupakan laman web carian kerja yang berbeza daripada laman web carian kerja lain
  • WOBB menyenaraikan beberapa majikan yang dilakukan oleh pasukan mereka sendiri
  • WOBB juga telah mewujudkan aplikasi mudah alih bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencari kerja dia mana-mana sahaja mereka berada
  • Dengan aplikasi ini, pemohon boleh menghantar resume kepada syarikat yang anda inginkan
  • WOBB.com

Skootjobs

  • SkootJob merupakan laman sesawang carian kerja yang ingin mencari pekerja separuh masa, sepenuh masa dan graduan baru di Malaysia
  • Anda boleh memuat naik resume anda, namun resume tersebut perlulah ringkas sahaja bagi memudahkan proses permohonan dan memudahkan majikan membaca latar belakang anda
  • SkootJobs.com

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

  • SPA menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dalam pelbagai bidang
  • Laman ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan mereka akan mengiklankan jawatan kosong untuk semua negeri
  • Maklumat kekosongan kerja seperti jawatan, gaji dan deskripsi tugas juga turut disertakan bagi memudahkan pengguna
  • spa.gov.my

Intern.my

  • Laman web ini menyediakan maklumat syarikat yang menawarkan jawatan intern atau latihan industri kepada pelajar universiti
  • Laman sesawang ini juga memaparkan maklumat seperti kriteria yang diperlukan, tempoh intern dan juga elaun
  • Pelajar yang sedang mencari tempat praktikal amat digalakkan untuk melayari laman web ini kerana ia sangat membantu
  • INTERN.MY

Wowintro

  • WowIntro merupakan platform online untuk mencari kerja yang lain daripada lain
  • Mereka yang membuat permohonan perlu untuk mempamerkan diri anda melalui video selama 30 saat
  • Kelebihan menggunakan platform ini adalah anda boleh mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan kekuatan yang anda milki sebelum diambil bekerja
  • Dengan menggunakan portal ini juga dapat menjimatkan masa anda dan juga kos
  • WowIntro: Online Video Interview

Mudah.my

  • Secara umum, mudah.my merupakan platform jual beli online yang menyediakan pelbagai kategori seperti kereta, hartanah, barangan elektronik dan banyak lagi
  • Namun ia juga mengiklankan jawatan kosong dalam kategori Job and Services
  • Secara umu, anda boleh membuat permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan
  • Maklumat yang dipaparkan termasuk kriteria yang diperlukan, gaji, pengalaman kerja dan kelayakan
  • Mudah Jobs

Indeed

  • Indeed juga merupakan salah satu laman web carian kerja yang popular di Malaysia
  • Terdapat ribuan iklan jawatan kosong dipaparkan untuk pelbagai bidang di seluruh negeri di Malaysia
  • Anda boleh muat naik resume anda dan jika resume anda dipilih anda akan dipanggil oleh syarikat berkenaan untuk sesi temuduga
  • Indeed.com

myStarjob

  • MyStarjob adalah salah satu laman web yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia yang ingin mencari kerja
  • Laman web carian kerja ini mampu menyediakan peluang kerja yang kompetetif dan mempunyai servis khidmat pelanggan yang baik
  • myStarjob

Monster

  • Monster juga merupakan salah satu laman web yang menyediakan carian kerja separuh masa, kontrak dan graduan baru lepasan universiti
  • Selain daripada mengiklankan kerja kosong, monster juga menyediakan servis membuat resume
  • Monster

Jobsmalaysia

  • JobsMalaysia menyediaka proses padanan kerja yang mudah dan sistematik
  • Laman web ini menyediakan sistem untuk pencarian kerja dan penawaran kerja
  • JobsMalaysia juga merupakan portal carian kerja yang mesra OKU
  • JobsMalaysia