Senarai Laman Web Pencarian Kerja Kosong Terkini Di Malaysia

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Dulu kita boleh menyatakan keyakinan apabila seseorang pelajar tamat pengajian dari mana-mana universiti, peluang pekerjaan sudah tersedia. Namun kini pandangan itu berubah sama sekali. Bahkan di peringkat parlimen juga telah dibincangkan isu ini di mana sejumlah 50,000 graduan akan menganggur untuk tempoh 6 bulan setelah tamat belajar. 31.4% graduan yang menganggur adalah pemegang sijil ijazah.

Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai laman web pencarian kerja kosong boleh didapati kini. Platform ini diwujudkan untuk memudahkan graduan mencari kekosongan kerja di mana-mana industri. Dahulu, graduan perlu mencari kekosongan kerja di surat khabar, iklan di radio dan televesyen. Kini graduan hanya perlu mengakses internet dan menghantar maklumat yang diperlukan ke bakal majikan atau ejen pencari kerja secara online.

Majikan akan analisa resume yang anda hantar secara atas talian di laman web carian kerja kosong. Jika anda layak, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga. Tetapi anda juga perlu berhati-hati dengan laman web yang kurang dipercayai. Ada kemungkinan anda akan ditipu oleh mereka.

SENARAI LAMAN WEB CARI KERJA KOSONG TERKINI POPULAR DI MALAYSIA

Oleh itu, kami kongsikan senarai laman web carian kerja kosong untuk anda terutama graduan yang baru sahaja tamat pengajian. Anda boleh cuba nasib untuk menghantar resume anda di salah satu laman web ini. Berikut adalah senarai laman web pencarian kerja kosong terkini:

GC Icon
Senarai laman web kerja kosong
JOBSTREET
contoh
Jobstreet adalah laman web sumber kerjaya yang terawal diwujudkan di Malaysia
Pada tahun 1997 merupakan tahun dimana ia bermula dan kini JobStreet merupakan syarikat pekerjaan online terbesar di South East Asia
Jobstreet juga terkenal dalam kalangan graduan untuk mencari jawatan kosong
Kajian daripada JobStreet.com, untuk tahun 2014, 80% daripada majikan telah mengambil graduan yang baru sahaja tamat pengjian dan memberikan mereka peluang pekerjaan
Klik LinkJobStreet.com
WOBB
WOBB.COM
Working On Beans Bags (WOBB) merupakan laman web carian kerja yang berbeza daripada laman web carian kerja lain
WOBB menyenaraikan beberapa majikan yang dilakukan oleh pasukan mereka sendiri
WOBB juga telah mewujudkan aplikasi mudah alih bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencari kerja dia mana-mana sahaja mereka berada
Dengan aplikasi ini, pemohon boleh menghantar resume kepada syarikat yang anda inginkan
Klik LinkWOBB.com
SKOOTJOBS
skootjob
SkootJob merupakan laman sesawang carian kerja yang ingin mencari pekerja separuh masa, sepenuh masa dan graduan baru di Malaysia
Anda boleh memuat naik resume anda, namun resume tersebut perlulah ringkas sahaja bagi memudahkan proses permohonan dan memudahkan majikan membaca latar belakang anda
Klik LinkSkootJobs.com
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
suruhanjaya perkhidmatan awam SPA
SPA menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dalam pelbagai bidang
Laman ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan mereka akan mengiklankan jawatan kosong untuk semua negeri
Maklumat kekosongan kerja seperti jawatan, gaji dan deskripsi tugas juga turut disertakan bagi memudahkan pengguna
Klik Linkspa.gov.my
INTERN.MY
internmy
Laman web ini menyediakan maklumat syarikat yang menawarkan jawatan intern atau latihan industri kepada pelajar universiti
Laman sesawang ini juga memaparkan maklumat seperti kriteria yang diperlukan, tempoh intern dan juga elaun
Pelajar yang sedang mencari tempat praktikal amat digalakkan untuk melayari laman web ini kerana ia sangat membantu
Klik LinkINTERN.MY
WOWINTRO
WowIntro
WowIntro merupakan platform online untuk mencari kerja yang lain daripada lain
Mereka yang membuat permohonan perlu untuk mempamerkan diri anda melalui video selama 30 saat
Kelebihan menggunakan platform ini adalah anda boleh mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan kekuatan yang anda milki sebelum diambil bekerja
Dengan menggunakan portal ini juga dapat menjimatkan masa anda dan juga kos
Klik LinkWowIntro: Online Video Interview
MUDAH.MY
mudah jobs
Secara umum, mudah.my merupakan platform jual beli online yang menyediakan pelbagai kategori seperti kereta, hartanah, barangan elektronik dan banyak lagi
Namun ia juga mengiklankan jawatan kosong dalam kategori Job and Services
Secara umu, anda boleh membuat permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan
Maklumat yang dipaparkan termasuk kriteria yang diperlukan, gaji, pengalaman kerja dan kelayakan
Klik LinkMudah Jobs
INDEED
INDEED.COM
Indeed juga merupakan salah satu laman web carian kerja yang popular di Malaysia
Terdapat ribuan iklan jawatan kosong dipaparkan untuk pelbagai bidang di seluruh negeri di Malaysia
Anda boleh muat naik resume anda dan jika resume anda dipilih anda akan dipanggil oleh syarikat berkenaan untuk sesi temuduga
Klik LinkIndeed.com
MYSTARJOB
myStarjob
MyStarjob adalah salah satu laman web yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia yang ingin mencari kerja
Laman web carian kerja ini mampu menyediakan peluang kerja yang kompetetif dan mempunyai servis khidmat pelanggan yang baik
Klik LinkmyStarjob
MONSTER
Monster.com
Monster juga merupakan salah satu laman web yang menyediakan carian kerja separuh masa, kontrak dan graduan baru lepasan universiti
Selain daripada mengiklankan kerja kosong, monster juga menyediakan servis membuat resume
Klik LinkMonster
JOBSMALAYSIA
JOBSMALAYSIA.COM
JobsMalaysia menyediaka proses padanan kerja yang mudah dan sistematik
Laman web ini menyediakan sistem untuk pencarian kerja dan penawaran kerja
JobsMalaysia juga merupakan portal carian kerja yang mesra OKU
Klik LinkJobsMalaysia
Close