Jadual tarikh dan lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Jabatan Pengajian Tinggi sedang giat menganjurkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara Jom Masuk U di seluruh negara. JPT dalam usaha untuk mempromosikan universiti awam dalam Malaysia serta menarik minat belia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Usaha ini sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang betapa pentingnya ilmu dan memberi info tentang program pengajian yang ada di universiti di Malaysia.

Menerusi karnival ini, pelajar boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang pengajian yang diminati. Wakil-wakil dari setiap universiti akan berada di setiap lokasi bagi memberi penerangan tentang universiti masing-masing. Di karnival ini juga terdapat badan-badan yang boleh memberi bantuan kewangan pelajaran seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bantuan akan diberikan kepada yang layak.

Jelajah ini merangkumi seluruh negeri di Malaysia. Oleh itu pelajar boleh pergi ke mana-mana lokasi yang berdekatan untuk mencari apa-apa maklumat berkaitan. Karnival ini sangat membantu memberi penerangan kepada belia yang tercari-cari tempat untuk melanjutkan pelajaran.

JADUAL KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA

alert warning
Karnival Jom Masuk IPT telah dibatalkan oleh KPM yang melibatkan lokasi di Perak, Terengganu, Sarawak dan Selangor
Pembatalan ini sejajar dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk mengelakkan perhimpunan yang melibatkan orang ramai bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Berikut dikongsikan jadual karnival, tarikh dan lokasi karnival pendidikan tinggi negara sekitar Malaysia bagi tahun 2020 untuk memudahkan pelajar yang berminat:

GC Icon
kptn
MANFAAT MENGHADIRI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA
TickMemberi pencerahan tentang hala tuju pendidikan ke peringkat seterusnya
TickMendapatkan maklumat penting tentang Institut Pengajian Tinggi dalam negara termasuk program yang ditawarkan
TickMemudahkan pelajar membuat keputusan yang betul dalam membuat pilihan melanjutkan pengajian tinggi
TickMendapatkan nasihat daripada wakil IPT
TickMendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar
TickMembantu pelajar membuat perbandingan dengan IPT lain mengikut kesesuaian pelajar
TickMemperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati
Idea TipsPara pelajar dinasihatkan membawa keputusan peperiksaan serta sijil berkaitan bersama
JADUAL KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA / JOM MASUK IPT
NegeriTarikhLokasi
Sabah
7 – 8 Mac 2020Sabah International Convention Centre
Sarawak
21 – 22 Mac 2020Borneo Convention Centre Kuching
Melaka
Perlis
Kedah
29 Feb – 1 Mac 2020Taman Tasuk Darulaman, Jitra
Johor
15 – 16 Feb 2020Persada Johor International Convention Centre
Pahang
22 – 23 Feb 2020Kompleks Sukan Universiti, Kampus UMP Gambang
Terengganu
14 – 15 Mac 2020Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu
Kelantan
Negeri Sembilan
Pulau Pinang
Labuan
Selangor
28 – 29 Mac 2020MAEPS, Serdang, Selangor
 Perak
14 – 15 Mac 2020Amanjaya Convention Centre Casuarina @ Meru
Idea TipsMasuk adalah percuma. Karnival bermula dari pukul 9 pagi ke 5 petang. Sebarang perubahan pada tarikh dan lokasi akan dimaklumkan kelak.
Jom Masuk IPT 2020
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan melayari pautan berikut:
Klik LinkPortal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Klik LinkFacebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
Close