Senarai Kosmetik Beracun Yang Diharamkan KKM Terkini

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Jumlah produk kosmetik dalam pasaran kini semakin meningkat. Pelbagai jenama-jenama baru boleh didapati di kedai-kedai kosmetik mahu pun dijual secara online. Peningkatan produk kosmetik ini adalah disebabkan adanya permintaan daripada orang ramai. Obsesi sesetengah mereka terhadap kecantikan membuatkan mereka lupa tentang aspek keselamatan. Tanpa mereka sedari, mereka telah memudaratkan diri mereka sendiri hingga akhirnya dikesan mendapat penyakit kronik yang berpunca dari diri mereka sendiri.

Banyak kes yang telah dilaporkan sendiri oleh pengguna akan kesan sampingan daripada penggunaan barangan kosmetik yang mereka guna. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedar akan masalah ini. Menurut KKM, setelah ujian yang dilakukan di makmal didapati produk-produk ini mengandungi bahan beracun. Justeru itu,  National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) iaitu sebuah agensi di bawah KKM telah diberi tanggungjawab untuk memantau pendaftaran ubat-ubatan dan kosmetik.

Antara bahan kimia beracun yang dikesan dalam produk kosmetik adalah Merkuri, Tretinoin, Hydroquinone dan Asid Azelaik. KKM menasihatkan pengguna agar membuat semakan terlebih dahulu kandungan kimia yang ada dalam produk kosmetik sebelum menggunakannya. Untuk membuat semakan nombor pendaftaran, pengguna boleh melayari laman sesawang NPRA.

SENARAI TERKINI PRODUK KOSMETIK BERACUN YANG DIHARAMKAN OLEH KKM

Berikut merupakan senarai nama produk kosmetik yang telah diharamkan oleh KKM kerana mengandungi bahan kimia beracun. Untuk kepastian, pengguna boleh melayari laman sesawang NPRA untuk membuat semakan secara online:

GC-Icon
Senarai-Produk-Kosmetik-Beracun
 CARA SEMAK NOMBOR PENDAFTARAN PRODUK KOSMETIK DENGAN KKM
No-1 Sila layari pautan di atas kemudian pilih menu kosmetik
No-2 Masukkan sama ada nama produk, nombor notifikasinama syarikat, nama pengilang, pengimport atau bahan aktif dengan tekan butang “search by”
No-3 Jika tiada dalam carian, bermakna produk kosmetik tersebut tidak selamat digunakan
SENARAI KOSMETIK DIHARAMKAN KKM 2019
NAMA PRODUK NOMBOR NOTIFIKASI RACUN BERJADUAL YANG DIKESAN PEMEGANG NOTOFIKASI
Tati Ultra Treatment NOT171202674K Hydroquinone dan Tretinoin NH Biz Resources
Deeja Dream Cream NOT180105343K Hydroquinone Limajari Marketing
ROBISIS – Anti-Acne Whitening Day & Night Cream NOT170402517K Merkuri YS Medicals Sdn. Bhd
Fulenze – Whitening FreCkle Day Cream NOT170900717K Merkuri YS Medicals Sdn. Bhd
Bao Fu Ling Skincare Cream NOT180103663K Diphenhydramine AMG Wellness Sdn. Bhd.
5th Series Yanko Whitening Cream Night Cream NOT180503440K Tretinoin Lurveya Sdn. Bhd.
Clair De Lune – P.Tuberose Day Cream NOT180802788K Chloramphenicol, Sulfamethoxazole, Trimethoprim, Ketoconazole Laurustinus Sdn. Bhd.
Dnars Nien Cream NOT180104880K Hydroquinone dan Tretinoin Rohban Trade Sdn. Bhd.
Glow Glowing T Treatment NOT170806888K Hydroquinone Qalbu Ocean Enterprise
VSL Beauty Care Toner B NOT170203544K Hydroquinone Qemrich Sdn. Bhd.
Dolly Glow Luminous Night Cream NOT171200082K Merkuri Nh Biz Resources
Dolly Glow Miracle Treatment Cream NOT171200081K Hydroquinone dan Tretinoin Nh Biz Resources
VSL Beauty Care Toner A NOT170203545K Hydroquinone Qemrich Sdn. Bhd.
Glow Glowing N Glow NOT170806889K Hydroquinone dan Tretinoin Qalbu Ocean Enterprise
Clair De Lune – S.Involucrata Night Cream NOT180802789K Chlorpheniramine, Griseofulvin, Metronidazole, Sulfamethoxazole, Trimethoprim Laurustinus Sdn. Bhd.
7th Series Yanko Whitening Cream Nightars Nien Cream NOT180503442K Tretinoin Lurveya Sdn. Bhd.
3rd Series Yanko Whitening Cream Night Cream NOT180503437K Tretinoin Lurveya Sdn. Bhd.
Bao Fu Ling Snow Lotus Cream 15g NOT180202851K Diphenhydramine Bao Fu Ling Global Enterprise Sdn. Bhd.
Asdanne Whitening FreCkIe Day Cream NOT170804496K Merkuri YS Medicals Sdn. Bhd.
Deeja Wrinkle Cream NOT180105344K Merkuri Limajari Marketing
Tati Ultra Night Cream NOT171202673K Merkuri NH Biz Resources
SENARAI KOSMETIK DIHARAMKAN KKM 2018
NAMA PRODUK NOMBOR NOTIFIKASI RACUN BERJADUAL YANG DIKESAN PEMEGANG NOTOFIKASI
Dnars Honey Cream NOT160802315K Hydroquinone dan Tretinoin Onew Cosmetics
Dnars Yellow Gold Collagen NOT131006026K Merkuri Ori Herbs Coffee Marketing
Luffiya Night Cream 1 & 2
(Nama produk pada label: Luffiya Night Cream 2)
NOT170200716K Merkuri Arriana Rose Beauty Resources
Tati Therapy Cream 1 NOT170505953K Merkuri HDY Aylia Resources
Deeja Cosmetic Star Cream NOT171004771K Hydroquinone dan Tretinoin Limajari Marketing
Deeja Krim Nano (Night) NOT151004238K Merkuri Onew Cosmetics
Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream NOT180802788K Merkuri Luna Group Sdn. Bhd.
Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Night Cream NOT180104880K Merkuri Aleeya Ultimate Enterprise
Alora Night Glowing Cream NOT170600522K Hydroquinone DM Beauty Resources
Karisma Daycream NOT160300509K Merkuri Karisma Cosmetic
Seputih Melati Night Cream Whitening NOT170605147K Merkuri Aisyah Aura Beauty
Majaja Serum Channtiq NOT171201411K Merkuri Dan Hydroquinone Has Beauty
SYMA Facial Cleanser NOT170204167K Merkuri Syima Global Enterprise
Bao Shu Tang Snow Lotus Cream NOT180106284K Diphenhydramine Bao Fu Ling Global Enterprise Sdn. Bhd
Khumaera Moistskin Cleanser NOT170504371K Merkuri  Khumaera Enterprise
SYMA Magical Serum NOT170303016K Merkuri Syima Global Enterprise
Seputih Melati Night Cream Glowing NOT170605148K Merkuri Aisyah Aura Beauty
Karisma Treatment Sarang Burung NOT160300556K Hydroquinone Dan Tretinoin Karisma Cosmetic
Karisma Nightcream Kunyit NOT160300410K Merkuri Karisma Cosmetic
Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Treatment Cream NOT170905399K Merkuri Aleeya Ultimate Enterprise
Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Day Cream NOT170905397K Merkuri Aleeya Ultimate Enterprise
Miracle White – Brightening Cream NOT170305484K Merkuri Miracle Surplus Sdn. Bhd.
Deeja Cosmetic Vogue Cream NOT171004770K Merkuri Limajari Marketing
Tati Therapy Cream 2 NOT170505954K Hydroquinone dan Tretinoin HDY Aylia Resources
Glow Glowing Pinky Day Cream for Skin NOT170201663K Merkuri One World Cosmetics
Luffiya Night Cream 1 & 2 (Nama produk pada label: Luffiya Night Cream 1) NOT170200716K Hydroquinone dan Tretinoin Arriana Rose Beauty Resources
Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus NOT170204393K Hydroquinone dan Tretinoin Sejagat Global Resources
Close