Harga Terkini Kos Mengerjakan Haji Tahun 2020/ 1441H

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Mengerjakan ibadah haji di Makkah merupakan salah satu daripada rukun islam seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Setiap umat islam yang berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan wajib untuk melaksanakan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Musim haji yang bermula dalam bulan zulhijjah merupakan bulan yang mulia bagi umat islam dimana umat islam akan merayakan hari raya Aidiladha pada tanggal 10 zulhijjah. Manakala mereka yang menunaikan ibadah haji akan mengerjakan ibadah haji dan merayakan hari raya Aidiladha di tanah suci Makkah.

Di Malaysia, Tabung Haji (TH) merupakan badan yang bertanggungjawab menguruskan ibadah haji umat islam Malaysia bermula daripada persediaan seperti kursus haji hingga selesai menunaikan ibadah haji. TH juga menguruskan kos haji yang merujuk kepada pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dibayar oleh jemaah bagi tahun tersebut. Kos haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak Arab Saudi.

Bayaran perlu dibuat oleh jemaah yang akan menunaikan ibadah haji kepada TH. Harga kos menunaikan ibadah haji adalah tertakluk kepada ketetapan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Mereka yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Namun tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP bagi tujuan menunaikan ibadah haji sahaja.

BAYARAN HARGA TERKINI KOS TUNAI IBADAH HAJI TERKINI 2020/ 1441H BERJUMLAH RM9,980

Berikut dikongsikan harga terkini bagi kos mengerjakan ibadah haji meliputi mereka yang pertama kali menunaikan haji, telah menunaikan haji dan rayuan haji. Turut disertakan adalah kos yang ditanggung oleh TH untuk setiap orang jemaah haji sebagai rujukan jemaah yang bakal menunaikan ibdah haji:

GC Icon
Harga Terkini Kos Mengerjakan Haji Tahun 2019 1440H
 HARGA TERKINI MENGERJAKAN IBADAH HAJI 2020
Jenis Jemaah (Muassasah)Kos Haji (RM)Tanggungan Kos TH (RM)Bayaran Haji (RM)
Warganegara belum tunai haji (Kali pertama)22,90012,9209,980
 Warganegara pernah menunaikan haji22,900 Tiada 22,900
Rayuan haji22,900Seperti tertera dalam surat tawaranSeperti tertera dalam surat tawaran
NotaTertakluk kepada apa-apa peraturan baharu (Arab Saudi dan Malaysia) yang dikuatkuasakan
NotaKerajaan Arab Saudi telah memansuhkan caj bagi jemaah haji berulang sebanyak 2,000 Riyal Saudi (kira-kira RM2,168) dan sekaligus memperkenalkan kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (kira-kira RM326) bagi semua jemaah haji mulai tahun 1441H/2020M
NotaKerajaan Arab Saudi telah memansuhkan caj bagi jemaah haji berulang sebanyak 2,000 Riyal Saudi (kira-kira RM2,168) dan sekaligus memperkenalkan kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (kira-kira RM326) bagi semua jemaah haji mulai tahun 1441H/2020M
KOS TIDAK LANGSUNG SECARA PERCUMA YANG DITANGGUNG TABUNG HAJI
No 1Kos yang berkaitan kursus-kursus haji
No 2Kos berkaitan operasi haji di tanah air
No 3Kos ubat-ubatan
No 4Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia
No 5Kos penerbitan buku dan paduan haji
No 6Kos menyediakan petugas haji perubatan dan kebajikan
SYARAT-SYARAT MENGELUARKAN WANG KWSP UNTUK BAYARAN HAJI
No 1Had maksima pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan adalah RM 3,000
No 2Bawa bersama buku akaun simpanan TH ke pejabat KWSP
No 3Merupakan ahli KWSP
No 4Bawa bersama surat tawaran terpilih menjadi jemaah haji tahun semasa ke pejabat KWSP
No 5Berumur tidak lebih daripada 55 tahun
MAKLUMAT LANJUT KOS HAJI DAN BAYARAN
No 1Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun
No 2Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah dan Madinah, kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala Kos Haji langsung jemaah PJH / THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH / THTS.
No 3Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun
No 4Maklumat lanjut sila rujuk :-
Klik LinkMaklumat Am Kos Haji Dan Bayaran
Close