Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan satu sistem atas talian (online) yang dinamakan UPU online bertujuan untuk memudahkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti awam. Setiap tahun sistem ini akan dibuka untuk para pelajar. Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pengajian dinasihatkan untuk membuat permohonan di UPU online.
Bagi mereka yang gagal mendapat sebarang tawaran pada sesi pertama anda boleh membuat rayuan. Terbuka kepada pemohon yang tidak dapat sebarang tawaran sahaja. Rayuan boleh dibuat melalui UPU online dan tarikh rayuan akan diberitahu kelak. Pemohon perlu membuat semakan di laman sesawang rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) tentang tarikh penting UPU online.
Perlu diingatkan pemohon perlu membuat semakan terlebih dahulu syarat kemasukan ke universiti awam yang diinginkan. Tawaran kemasukan adalah bergantung kepada kekosongan di universiti awam. Sebarang keputusan adalah muktamad.
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU ONLINE SPM/STPM SESI 2021-2022
Bagi memudahkan pemohon untuk membuat semakan keputusan rayuan, berikut dikongsikan tarikh semakan, cara membuat semakan serta lain-lain info tentang rayuan UPU online:
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU ONLINE UA LEPASAN SPM/SETARAF | ||
Buka | Tutup | |
22 Jun 2020 | ||
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN HEBAHAN KEDUA RAYUAN UPU ONLINE LEPASAN SPM/SETARAF | ||
Buka | Tutup | |
14 Julai 2020 | ||
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN FASA 1 UPU ONLINE LEPASAN STPM/SETARAF | ||
Buka | Tutup | |
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN FASA 2 UPU ONLINE LEPASAN STPM/SETARAF | ||
Buka | Tutup | |
SISTEM APLIKASI UPU ONLINE | ||
Berikut merupakan pautan laman sesawang UPU. Sila layari pautan berikut: | ||
UPU ONLINE |
SISTEM APLIKASI SEMAKAN ONLINE SPM/STPM/SETARAF | |
| |
Pautan di atas merupakan pautan alternatif untuk membuat semakan. Pemohon boleh melayarinya untuk memudahkan urusan. |
SEMAKAN SECARA SMS |
Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888 |
Di atas merupakan alternatif lain untuk membuat semakan. Caj akan dikenakan. |
MAKLUMAT LANJUT |