Menu Bola

Semakan keputusan rayuan UPU online 2019/2020 lepasan SPM/STPM dan setaraf

22:37 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 12 September 2019 jam 03:57 PM oleh GC.editor

Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan satu sistem atas talian (online) yang dinamakan UPU online bertujuan untuk memudahkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti awam. Setiap tahun sistem ini akan dibuka untuk para pelajar. Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pengajian dinasihatkan untuk membuat permohonan di UPU online.

Bagi mereka yang gagal mendapat sebarang tawaran pada sesi pertama anda boleh membuat rayuan. Terbuka kepada pemohon yang tidak dapat sebarang tawaran sahaja. Rayuan boleh dibuat melalui UPU online dan tarikh rayuan akan diberitahu kelak. Pemohon perlu membuat semakan di laman sesawang rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) tentang tarikh penting UPU online.

Perlu diingatkan pemohon perlu membuat semakan terlebih dahulu syarat kemasukan ke universiti awam yang diinginkan. Tawaran kemasukan adalah bergantung kepada kekosongan di universiti awam. Sebarang keputusan adalah muktamad.

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU ONLINE SPM/STPM SESI 2019-2020

Bagi memudahkan pemohon untuk membuat semakan keputusan rayuan, berikut dikongsikan tarikh semakan, cara membuat semakan serta lain-lain info tentang rayuan UPU online:

GC Icon
Semakan rayuan upu
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU ONLINE UA LEPASAN SPM/SETARAF
BukaTutup
26 Jun 2019
5 Julai 2019
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN FASA 1 UPU ONLINE LEPASAN STPM/SETARAF
BukaTutup
26 Ogos 2019
Dalam Proses
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN FASA 2 UPU ONLINE LEPASAN STPM/SETARAF
BukaTutup
13 September 2019
Dalam Proses
NotaSebarang perubahan tertakluk kepada pindaan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan akan dikemas kini. Pemohon juga boleh melayari laman sesawang BPKP untuk melihat hebahan yang dibuat. 
SISTEM APLIKASI UPU ONLINE
Berikut merupakan pautan laman sesawang UPU. Sila layari pautan berikut:
SISTEM APLIKASI SEMAKAN ONLINE SPM/STPM/SETARAF
 Klik LinkSaluran selatanKlik LinkSaluran utara
Klik LinkSaluran sabahKlik LinkSaluran sarawak
Klik LinkSaluran timur
Pautan di atas merupakan pautan alternatif untuk membuat semakan. Pemohon boleh melayarinya untuk memudahkan urusan.
SEMAKAN SECARA SMS
Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888
Di atas merupakan alternatif lain untuk membuat semakan. Caj akan dikenakan.
MAKLUMAT LANJUT
No 1Boleh hubungi di talian helpline UPU di: 03 – 8870 8200
No 2FB Rasmi UPU  Kemasukan BPKP JPT