Menu Bola

Semakan keputusan rayuan kemasukan Matrikulasi sesi 2019-2020

05:03 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 21 May 2019 jam 08:02 PM oleh GC.editor

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini berpeluang untuk membuat rayuan untuk kemasukan ke kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia. Kolej Matrikulasi merupakan program persediaan ke peringkat ijazah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Terdapat dua program yang disediakan iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM yang cukup syarat dan berminat, digalakkan membuat permohonan kerana ambilan adalah terhad.

Setiap tahun bahagian ambilan pelajar akan mengumumkan ambilan untuk pelajar yang berminat menyertai kolej Matrikulasi. Bagi pelajar yang gagal mendapatkan tempat ketika permohonan pertama, anda boleh membuat rayuan jika anda berminat. Rayuan boleh dilakukan secara atas talian atau menghantar surat rasmi kepada Bahagian Matrikulasi. Pemohon perlu sertakan surat rasmi bersama dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan.

Kolej Matrikulasi kini telah banyak dibina di seluruh Malaysia bagi menampung permintaan pelajar yang saban tahun semakin ramai ingin melanjutkan pengajian dalam program ini. Bagi menjaga imej dan reputasi program Matrikulasi, KPM telah menaik taraf sistem pendidikan di kolej-kolej Matrikulasi serta menambah baik kemudahan yang sedia ada bagi memudahkan pelajar mendapatkan suasana yang kondusif sepanjang pengajian.

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI 2019/2020

Berikut dikongsikan kepada anda tarikh serta cara membuat semakan rayuan Matrikulasi. Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan rayuan. Semua info-info tersebut boleh didapati di bawah:

GC Icon
keputusan rayuan matrik
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI
BukaTutup
21 Mei 2019
Dalam Proses
Tarikh rasmi untuk membuat semakan rayuan Matrikulasi akan dihebahkan oleh KPM. Sila semak portal rasmi KPM bagi mengelakan sebarang kesulitan.
SISTEM APLIKASI SEMAKAN RAYUAN MATRIKULASI
Sistem hanya akan dibuka mengikut tarikh rasmi yang akan ditetapkan. Sila klik pautan berikut untuk membuat semakan
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI MELALUI SMS
Bagi memudahkan pemohon, semakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan SMS. Berikut dikongsikan cara membuat semakan menggunakan SMS:
Taipkan: MOE (Jarak) MAT (Jarak) NO. KP Hantar ke: 15888
PERMOHONAN RAYUAN YANG BERJAYA
Permohonan rayuan yang berjaya ditawarkan ke Matrikulasi dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti berikut. Lengkapkan dokumen tersebut dan bawa bersama ketika hari pendaftaran.
No 1Surat tawaran
No 2Maklumat peribadi pelajar
No 3Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
No 4Panduan pendaftaran pelajar
No 5Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
No 6Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke alamat dan no telefon berikut:
Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
No Telefon: 03-8884 4083
No Faks: 03-8884 4028
E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my
Info LainINFO BERKAITAN
Klik LinkPermohonan Rayuan Matrikulasi Sesi 2019-2020 Dan Contoh Surat Rayuan