Semakan Keputusan MUET On Demand Ogos 2019 Online
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Antara syarat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta adalah pemohon perlu untuk menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat Band tertentu yang disyaratkan. Peperiksaan MUET dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Peperiksaan MUET merupakan satu bentuk penilaian penguasaan Bahasa Inggeris pelajar berdasarkan empat komponen iaitu lisan (speaking), penulisan (writing), bacaan (reading) dan pendengaran (listening). Setiap tahun peperiksaan MUET akan diadakan sebanyak tiga kali iaitu sesi 1, 2 dan 3. Permohonan boleh dilakukan secara online di laman sesawang rasmi MPM pada tarikh yang telah ditetapkan mengikut kalendar peperiksaan MUET.
Selain daripada tiga sesi peperiksaan MUET seperti yang telah ditetapkan, MPM juga turut mengadakan MUET on Demand (MoD) bagi pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET di luar tarikh kalender peperiksaan MUET. Peperiksaan MoD juga dijalankan secara Computer Based-Test dan juga secara Paper Based-Test. MPM akan memaklumkan kepada umum melalui laman sesawang rasminya tentang tarikh peperiksaan MoD. Oleh itu, pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MoD boleh membuat permohonan seperti biasa pada tarikh yang telah ditetapkan.
Langkah-langkah membuat pendaftaran MoD adalah sama seperti membuat pendaftaran MUET. Calon dikehendaki membawa slip pendaftaran peperiksaan MUET sebagai rujukan ketika peperiksaan sedang dijalankan. Calon dikehendaki membuat persediaan sendiri sebelum menduduki peperiksaan. Pihak MPM tidak mengendalikan sebarang kelas persediaan untuk menghadapi peperiksaan MUET mahu pun MoD. Tarikh keputusan peperiksaan MUET dan MoD akan dimaklumkan oleh pihak MPM dan semakan juga boleh dilakukan secara atas talian.
SEMAKAN KEPUTUSAN MUET ON DEMAND (MoD) SESI OGOS 2019 ONLINE
Berikut dikongsikan cara dan tarikh membuat semakan keputusan MUET On Demand (MoD) secara online. Turut dikongsikan adalah tarikh-tarikh penting MUET mengikut sesi:
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN MoD OGOS 2019 | ||
BUKA | MASA | |
10 September 2019 | 1000 Pagi |
KAEDAH CARA MEMBUAT SEMAKAN MoD OGOS 2019 | |
Semakan MoD Ogos 2019 | |
Berikut merupakan cara-cara membuat semakan keputusan MoD Ogos 2019 | |
KALENDAR MUET on Demand (MoD) 2019 | ||||||||||
SESI OGOS | ||||||||||
|
SESI SEPTEMBER | ||||||||||
|
SESI OKTOBER | ||||||||||
|
MAKLUMAT LANJUT | ||
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MoD sila layari laman sesawang rasmi MPM ataupun alamat berikut. Turut disertakan juga adalah pautan muat turun jadual peperiksaan MUET yang lengkap: | ||
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ceo@mpm.edu.my | ||