Menu Bola

Semakan keputusan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2019

21:24 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 15 November 2018 jam 09:27 PM oleh GC.editor

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berusaha sedaya upaya dalam memberikan pendidikan terbaik kepada rakyat Malaysia. Dengan adanya pendidikan yang terbaik negara dapat melahirkan lebih ramai para ilmuwan dan pakar dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, KPM telah mewujudkan pelbagai jenis sekolah bagi merealisasikan matlamat dan harapan ini. Antaranya adalah dengan mewujudkan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Sekolah ini merupakan sekolah aliran kemahiran di mana pelajar akan diberikan asas kemahiran yang sangat diperlukan di industri yang berkaitan.

Kerajaan melalui KPM telah membelanjakan jutaan ringgit demi melahirkan graduan separa mahir untuk diserap ke industri. Permintaan majikan terhadap graduan yang kompeten untuk berkerja dalam industri seperti pembuatan, automotif, perkapalan dan lain-lain memaksa kerajaan mengukuhkan lagi sekolah-sekolah seperti KV dan SMT. Penambah baikan KV dan SMT giat dijalankan dengan menaik taraf fasiliti seperti bengkel, perpustakaan, kelas dan lain-lain memberi gambaran kerajaan serius dalam melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran dalam industri.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga KV atau SMT permohonan kemasukan anda amat dialu-alukan. Perlu diingatkan sebelum membuat permohonan pemohon perlu membuat semakan kelayakan kemasukan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Permohonan boleh dibuat secara online bagi memudahkan urusan. Segala hebahan berkenaan kemasukan ke KV dan SMT akan dihebahkan di laman sesawang rasmi KPM.

SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2019 ONLINE

Berikut dikongsikan panduan penting dalam membuat semakan keputusan kemasukan ke KV dan SMT ambilan Januari tahun 2019. Turut dikongsikan tarikh penting dan kaedah dalam membuat semakan secara atas talian bagi memudahkan semua pemohon:

GC Icon
semakan keputusan KV dan SMT
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KV DAN SMT
BukaTutup
18 Januari 2019
22 Januari 2019
NotaTarikh RASMI
CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN KV DAN SMT 2019
Berikut merupakan pautan URL untuk membuat semakan permohonan KV dan SMT:

SEMAKAN TAWARAN KV & SMT ONLINE

No 11Masukkan nombor kad pengenalan anda
No 2Kemudian tekan butang semak untuk mengakses semakan keputusan permohonan anda
PEMOHON YANG BERJAYA
TickBagi pemohon yang berjaya anda perlu mencetak surat tawaran serta lampiran yang terdapat di laman sesawang
TickSemua lampiran yang dipaparkan harus diisi dan dilengkapkan. Kemudian bawa semua lampiran yang lengkap tersebut ketika hari pendaftaran
PEMOHON YANG GAGAL
TickPermohonan yang gagal buat kali pertama dibolehkan membuat rayuan semula
TickCalon digalakkan menyediakan salinan keputusan peperiksaan, dokumen, sijil-sijil berkaitan yang disahkan benar dan boleh juga menulis surat rasmi rayuan tentang kursus dan institusi yang diinginkan
Klik LinkContoh surat rayuan kemasukan ke KV & SMT
TARIKH PENTING PERMOHONAN KV DAN SMT 2019
Untuk maklumat, permohonan rayuan perlu dibuat secara walk-in dan pengambilan pelajar rayuan bergantung pada kekosongan di KV/ SMT. Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah:
PerkaraTarikhTindakan/Nota
Permohonan ke KV dan SMT15 Oktober 2018 – 20 Disember 2018Pelajar boleh membuat permohonan kemasukan bermula pada tarikh yang dinyatakan
Sesi temuduga dan pemilihan4 Januari 2019 – 7 Januari 2019Pemohon yang dipanggil perlu menghadirkan diri
Semakan kemasukan ke KV dan SMT18 Januari 2019 – 22 Januari 2019Permohonan daripada pelajar aliran perdana semakan boleh dilakukan melalui laman sesawang KPM. Untuk pemohon daripada aliran PAV pula tawaran akan diberikan kepada pihak sekolah
Pelajar Tingkatan 3 lepasan PBS 2018 mula mendaftar23 Januari 2019Pendaftaran pelajar aliran perdana
Permohonan rayuan pelajar Tingkatan 3 aliran PBS 2018 ke KV/SMT/GIATMARA dibuka24 Januari 2019 – 28 Februari 2019Pelajar yang ingin buat rayuan perlu hadir sendiri ke institut yang diinginkan berserta dokumen yang diperlukan
Pendaftaran pelajar Tingkatan 3 aliran PAV 2018 dibuka12 Februari 2019Pendaftaran pelajaran aliran PAV
Permohonan rayuan pelajar Tingkatan 3 aliran PAV 2018 ke KV/SMT/GIATMARA dibuka13 Februari 2019 – 28 Februari 2019Pelajar yang ingin buat rayuan perlu hadir sendiri ke institut yang diinginkan berserta dokumen yang diperlukan
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh layari pautan di bawah:
Klik Linkhttp://bptv.moe.gov.my/