Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2019 Senarai Pemenang

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Maharaja Lawak Mega (MLM 2019) kini telah masuk ke peringkat akhir setelah 10 minggu para pelawak berusaha semampunya untuk membuat penonton bergelak ketawa. MLM 2019 mula ditayangkan pada 1 November 2019 menyaksikan 12 kumpulan beserta 2 peserta solo terdiri daripada pelawak Malaysia, Brunei dan Indonesia. Terdapat dua peserta solo pada musim ini dan selebihnya berkumpulan. Daripada 14 peserta kini hanya tinggal lima sahaja peserta bagi merebut gelaran juara MLM 2019. Para pemenang akan membawa pulang wang dan juga trofi sumbangan astro. Untuk pusingan akhir ini para finalis perlu membuat dua persembahan dengan tema muzikal komedi dan tema bebas.

Rancangan MLM 2019 telah disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 132), Warna HD ( Saluran 124). Penonton juga boleh menonton secara digital melalui aplikasi Astro Go dan ‘on demand’. Format pemarkahan MLM 2019 adalah 30% akan disumbangkan oleh penonton dimana undian boleh dilakukan menerusi perkhidmatan SMS dan baki 70% markah adalah daripada barisan para juri. Juri-juri untuk MLM 2019 adalah Datuk Jamal Abdillah, Inul Daratista, Najip Ali dan Lisa Surihani. Rancangan ini juga dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Dato’ AC Mizal yang juga sudah mengacarakan rancangan ini sejak 2011 lagi.

Melalui rancangan ini, Maharaja Lawak Mega telah melahirkan ramai artis-artis komedi popular seperti Jozan, Sepahtu dan ramai lagi. Namun penyertaan MLM 2019 membariskan pelawak-pelawak baharu. Hanya Bocey, Puteh dan Zero tampil sebagai otai dalam MLM 2019 ini. Program yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat komedi tempatan ini bakal melabuhkan tirainya pada 10 Januari 2020, Jumaat jam 900 malam. Persembahan pentas akhir ini pastinya akan gamat dengan gelak tawa daripada penonton.

KEPUTUSAN PEMENANG JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 MLM

Berikut dikongsikan senarai pemenang dari tempat pertama hingga tempat kelima berserta jumlah wang yang akan dibawa balik. Turut dikongsikan adalah tarikh dan tema pusingan akhir MLM 2019:

GC Icon
maharalawak mega 2019 final
TARIKH DAN TEMA MLM 2019
Tarikh/ Masa
10 Januari 2020 (Jumaat) / Jam 900 Malam
Tempat Persembahan
Dewan Teater Selangor, Shah Alam
Saluran
Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)
Tema
Muzikal komedi dan bebas
SENARAI FINALIS MLM 2019
No 1Kumpulan Zero (Atu, Shariff & Syaiful)
No 2Kumpulan Bocey (Abam, Fad & Achey)
No 3Kumpulan J-Born (Joey, Khir Rahman & Vicha)
No 4Kumpulan Rare (Ajak, Illya & Ropie)
No 5Kumpulan Puteh (Mamak, Ali & Man RL)
KEPUTUSAN PEMENANG DAN JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2019
KEDUDUKANPEMENANGHADIAH
JuaraPutehRM Kecil500,000 + trofi sumbangan Astro
Naib JuaraZeroRM Kecil250,000 + trofi sumbangan Astro
KetigaBoceyRM Kecil150,000 + trofi sumbangan Astro
KeempatJ-BornRM Kecil50,000 + trofi sumbangan Astro
KelimaRareRM Kecil15,000 + trofi sumbangan Astro
NotaTahniah kepada senarai pemenang
Close