Menu Bola

Semakan keputusan egTukar 2019 secara online

23:01 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 24 May 2019 jam 10:44 PM oleh GC.editor

e-GTukar merupakan satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diletakkan di bawah pengurusan guru. Ia telah dibangunkan sendiri oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM. Dengan kata lain, modul ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan urusan pertukaran guru yang melibatkan kategori seperti pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Proses pertukaran guru melalui modul ini telah pon dijalankan sepanjang tahun 2019 di mana permohonan telah dibuka kepada mereka yang berminat. Menurut KPM, proses ini akan dilaksanakan dengan dua peringkat iaitu pada sesi Jun dan sesi Januari dengan sekali permohonan sahaja. Permohonan akan diproses berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan seperti kepentingan perkhidmatan, kekosongan penjawatan dan keperluan untuk negeri atau sekolah yang dipohon.

Berdasarkan maklumat daripada KPM, sebanyak 20 470 permohonan telah dikemukakan oleh guru kepada KPM sepanjang tahun 2018. 80% daripada permohonan tersebut mengemukakan alasan untuk bertukar kerana jauh dari pasangan hidup. KPM telah cuba sedaya upaya untuk membantu mereka yang membuat permohonan namun ianya terhad atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Pemohon yang gagal untuk sesi Jun boleh membuat permohonan lagi untuk sesi Januari yang akan dibuka.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN EG TUKAR PERTUKARAN GURU SESI JANUARI & JUN 2019 ONLINE

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat semakan keputusan e-GTukar secara atas talian berserta tarikh penting berkaitan e-GTukar ini:

GC Icon
Semakan Keputusan e GTukar online 2019
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI JANUARI 2019
Tarikh BukaJam
12 November 2018
6 Petang
NotaSemakan permohonan pertukaran antara negeri/bahagian dibuka untuk sesi Januari 2019
TARIKH SEMAKAN PENEMPATAN GURU YANG LULUS PERTUKARAN ANTARA NEGERI/ DAERAH/ DALAM DAERAH JANUARI 2019
Tarikh BukaJam
19 November 2019
6 Petang
NotaSemakan penempatan bagi guru yang lulus permohonan pertukaran antara negeri, daerah dan dalam daerah untuk sesi Januari 2019
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI JUN 2019
Tarikh BukaJam
24 Mei 2019 (3 Jun 2019 untuk pertukaran guru antara daerah/ dalam daerah)
Dalam Proses
NotaSemakan permohonan pertukaran antara negeri/bahagian dibuka untuk sesi Jun 2019
TARIKH SEMAKAN PENEMPATAN GURU YANG LULUS PERTUKARAN ANTARA NEGERI/ DAERAH/ DALAM DAERAH JUN 2019
Tarikh BukaJam
3 Jun 2019
Dalam Proses
NotaSemakan penempatan bagi guru yang lulus permohonan pertukaran antara negeri, daerah dan dalam daerah untuk sesi Jun 2019
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DAN PENEMPATAN PERMOHONAN PERTUKARAN
Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan keputusan perrmohonan anda:

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN

No 1Jika anda pengguna kali pertama, sila dapatkan ID pengguna dan kata laluan dengan daftar masuk terlebih dahulu
No 2Kemudian masukkan ID pengguan dan kata laluan yang telah didaftarkan berserta no kad pengenalan dan tekan butang OK
NOTA
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada kepentingan-kepentingan Perkhidmatan
Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
bullet pointa. Kepentingan perkhidmatan
bullet pointb. Kekosongan jawatan
bullet pointc. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
GURU YANG BOLEH MEMOHON PERTUKARAN MELALUI MODUL E-GTUKAR?
bullet pointPermohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang info lain anda boleh muat turun senarai FAQ dan juga manual panduan pengguna seperti di pautan di bawah:
Klik LinkSenarai FAQ
Klik LinkManual Pengguna