Menu Bola

Cara kemaskini maklumat pendapatan PTPTN online

01:43 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 25 October 2018 jam 12:14 AM oleh GC.editor

Pasca Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) kini dilihat lebih terarah kepada pelaksanaan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dijanjikan dalam PRU yang lalu. Antara manifesto yang mendapat perhatian umum adalah berkaitan dengan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam yang bergaji bawah daripada RM 4000 dan menghapuskan senarai hitam PTPTN.

Untuk pengetahuan, seramai 429945  peminjam telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.

Kesan daripada itu, peminjam bebas untuk ke luar negara tanpa sekatan daripada Jabatan Imigresen. Namun PTPTN tetap melaksanakan CCRIS ke atas semua peminjam. Ini memberi impak kepada peminjam yang ingin membuat pinjaman rumah atau kenderaan. Jadi peminjam tidak boleh culas dalam membuat pembayaran balik pinjaman.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengarahkan supaya semua peminjam PTPTN agar mengemaskini maklumat pendapatan secara online di laman sesawang rasmi PTPTN. Tujuan utama pengemaskinian maklumat pendapatan peminjam adalah untuk mendapatkan data pendapatan terkini peminjam, pekerjaan dan perhubungan untuk merangka dasar bayaran balik pinjaman berdasarkan pendapatan peminjam.

Sekiranya peminjam gagal membuat pengemaskinian pada tempoh yang diberikan, ini menunjukkan peminjam tidak berminat untuk mendapatkan penangguhan bayaran balik pinjaman. Oleh itu, peminjam perlu memberi kerjasama sebelum tarikh tutup pengemaskinian.

PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT PENDAPATAN PTPTN ONLINE

Berikut dikongsikan cara-cara peminjam untuk kemaskini pendapatan mereka secara online di laman sesawang rasmi PTPTN. Pengemaskinian ini hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 25 Julai 2018 dan kini dilanjutkan sehingga 31 Julai 2018. Semoga perkongsian ini dapat membantu para peminjam:

GC Icon
Cara kemaskini maklumat pendapatan PTPTN online
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENDAPATAN PEMINJAM PTPTN
Berikut merupakan langkah-langkah membuat kemaskini maklumat pendapatatan:
No 1Sila layari portal rasmi PTPTN di pautan berikut:
Klik LinkPortal rasmi PTPTN
No 2Sila klik pada pautan kemaskini maklumat pendapatan seperti di bawah:
Klik LinkKemaskini Maklumat Pendapatan
kemaskini pendapatan peminjam PTPTN
No 3Sila masukkan 12 digit nombor kad pengenalan peminjam dan nombor pinjaman.
No 4Sila kemaskini maklumat yang diperlukan seperti kemaskini umum, sektor awam, sektor swasta, pesara awam/swasta, berkerja sendiri dan tidak bekerja (tiada pendapatan). Sila klik pautan di bawah untuk melihat manual pengguna:
Klik LinkManual Pengguna
No 5Setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, sila klik butang hantar.
InfoTarikh tutup adalah sebelum 31 Julai 2018. Maklumat yang diberikan hendaklah benar serta disokong dengan dokumen sokongan apabila diperlukan. Sebarang maklumat palsu adalah salah disisi undang-undang.
PERTANYAAN
Sebarang permasalahan atau pertanyaan pemohon boleh rujuk melalui cara berikut:
Klik LinkLaman Portal Rasmi PTPTN
Klik LinkHubungi talian careline PTPTN di 03 – 2193 3000