Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (BSH) Online

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Umum sedia maklum bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diberi nama baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Seiring dengan janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, bantuan kewangan ini dijangka bakal diteruskan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2019. Bantuan kewangan yang mula diperkenalkan pada 2012 ini adalah khusus kepada golongan B40, iaitu individu atau keluarga berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban kewangan mereka setelah beberapa subsidi bahan harian dimansuhkan oleh kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri Malaysia, pemberian BSH merupakan saranan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menukar mekanisme pemberian subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar yang dapat mengurangkan ketirisan. Kini setelah 6 tahun diperkenalkan, BSH sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia kerana dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Terkini seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2019, terdapat tiga kategori penerima BSH iaitu kategori  isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah diberikan sebanyak RM1,000, kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 diberikan sebanyak RM750, dan kategori isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 diberikan sebanyak RM500. BSH diberikan dalam bentuk kredit ke akaun bank penerima dan juga secara baucar yang akan diberikan kepada penerima secara berperingkat.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2020 SECARA ONLINE DAN BORANG MANUAL

alert-warning
Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020 ini telah dikemaskini berdasarkan maklumat BSH 2019. Kemaskini akan dibuat sebaik sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan.

Penerima yang telah menerima bantuan pada tahun-tahun sebelum ini perlulah melakukan pengemaskinian terhadap maklumat anda bagi memastikan diri untuk terus menerima bantuan pada tahun 2020. Ikuti panduan kemaskini BSH yang disediakan GCarian di bawah:

GC-Icon
Kemaskini-Bantuan-Sara-Hidup
BILAKAH PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2019?
Tick Penerima sedia ada BSH tidak perlu mengemukan permohonan baru
Tick Sekurang-kurangnya sekali pengemaskinian dalam tempoh 3 tahun
Tick Penukaran maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon
Tick Perubahan status perkahwinan, kematian pasangan/tanggungan dan perubahan waris.
KEPENTINGAN KEMASKINI MAKLUMAT
Untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada yang memerlukan kerana terdapat beberapa perubahan dan tambahan syarat kelayakan BSH seperti kadar tambahan jumlah bantuan kepada anak
Untuk mengelakkan daripada permohonan lambat atau tidak diproses akibat daripada maklumat seperti alamat, nombor IC / Mykad dan akaun bank yang diberikan tidak tepat dan terkini
Pengemaskinian maklumat waris supaya jika berlakunya kematian penerima sedia ada, pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BSH dapat dilaksanakan dengan mudah
MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI
 No-1  Maklumat pemohon. Pastikan nombor telefon adalah tepat untuk kegunaan log masuk MyBSH
 No-2 Anggaran pendapatan kasar bulanan
 No-3 Maklumat pasangan. Sila nyatakan anggaran pendapatan kasar bulanan pasangan
 No-4  Status perkahwinan. Jika kematian/perceraian, sila nyatakan tarikh kematian/perceraian
 No-5 Maklumat anak. Terhad kepada empat orang anak sahaja
 No-6  Maklumat bank. Pastikan anda pilih bank yang masih aktif. Jika akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun tertakluk kepada terma dan syarat
 No-7 Dokumen sokongan yang diperlukan. Terhad kepada enam dokumen sahaja dan tidak melebihi 3Mb untuk setiap fail
 No-8  Maklumat waris
 Nota Kemaskini hanya boleh dilakukan jika maklumat telah dihantar atau disimpan secara dalam talian. Jika tindakan telah diambil oleh cawangan, pemohon yang telah hantar permohonan tidak boleh mengemaskini permohonan. Hanya pemohon yang menyimpan permohonan boleh membuat kemaskini. Untuk permohonan yang telah diambil tindakan cawangan, pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan LHDNM untuk kemaskini secara manual
TARIKH RASMI KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2020
Buka Tutup
Dalam-Proses
Dalam-Proses
CARA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2019
Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan dua kaedah bagi tujuan pengemaskinian BSH pada tahun lepas. Sila pilih satu sahaja kaedah pengemaskinian sama ada secara dalam talian (online) atau borang manual supaya tidak berlaku duplikasi atau pentindihan maklumat.
Abjad-A KEMASKINI BSH SECARA ONLINE
 Sila klik pada judul pautan di bawah bagi membuat pengemaskinian maklumat terkini BSH 2019 melalui Portal Rasmi MyBSH. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini sebaik diumumkan.

KEMASKINI MyBSH SECARA ONLINE

No-1 Sila klik pada pautan di atas untuk kemaskini
No-2 Isikan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan
No-3 Tekan butang mohon TAC dan anda akan dapat enam digit nombor TAC
No-4 Masukkan nombor TAC dan tekan butang hantar. Nombor TAC sah selama 24 jam sahaja
No-5 Sila klik pada butang kemaskini untuk membuat kemaskini maklumat
No-6 Sila kemaskini maklumat yang diperlukan dan tekan butang hantar jika sudah lengkap
No-7 Isi Kod Captcha yang dipaparkan dan tekan bukan Sahkan Captcha untuk membuat pengesahan maklumat
No-8 Tandakan ‘Tick’ pada kotak di paparan seterusnya untuk membuat pengakuan terhadap Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan bagi pengesahan pengenalan
No-9 Tekan butang Hantar untuk menyelesaikan proses kemaskini
Klik-Link Panduan Lengkap Pengguna | Cara Membuat Pengemaskinian Maklumat BSH 2019 Secara Online
Klik-Link Panduan Permohonan Nombor TAC
Abjad-B KEMASINI BSH SECARA BORANG MANUAL
Borang manual kemaskini maklumat BSH boleh didapatkan percuma di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BSH Hasil setelah pengumuman rasmi diumumkan

BORANG KEMASKINI BSH 2019 SECARA MANUAL

Klik-Link Borang Kemaskini Manual BSH 2019
Berikut adalah jadual pembukaan kaunter bagi urusan pengambilan dan penyerahan borang manual serta borang kemaskini maklumat waris
Klik-Link Jadual Pembukaan Kaunter BSH LHDN Seluruh Negeri
Klik-Link Borang Kemaskini Maklumat Waris
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Maklumat lanjut berkeanaan Bantuan Sara Hidup Rakyat boleh didapati di pautan FAQ di bawah atau hubungi:
Klik-Link  FAQ Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019
Klik-Link  FAQ Kemaskini Permohonan BSH 2019
Tick Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Tick Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Tick Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
Tick E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
Tick Portal Rasmi: https://bsh.hasil.gov.my
Info-Lain INFO BERKAITAN
Klik-Link Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 (BSH) Pendaftaran Online Pemohon Baru
Close