Siaran langsung keputusan Kedah vs Negeri Sembilan 13.5.2018 Liga Super (LS10)

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Pasukan tercorot Liga Negeri Sembilan akan menentang pasukan Kedah dalam perlawanan kesepuluh (10) Liga Super Malaysia 2018 (LS10) yang telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 13 Mei 2018.

Negeri Sembilan yang beraksi di gelanggang sendiri sudah tentu mahu memanfaat kelebihan yang ada bagi merapatkan lagi jurang mata dengan pendahulu Liga Super ketika ini. Bagaimanapun mereka perlu berwaspada dengan peningkatan prestasi Kedah yang berpotensi untuk menidakkan Kemaraan pasukan Negeri Sembilan yang ingin memburu kemenangan.

Berdasarkan kedudukan dalam carta Liga Super setakat sembilan perlawanan sebelum ini menyaksikan Negeri Sembilan berada dikedudukan tercorot Liga  Super setakat ini dengan kutipan 5 mata hasil daripada satu kemenangan, dua seri dan enam tewas.

Manakala pasukan Kedah pula berada dikedudukan ke-6 setakat ini dengan kutipan 12 mata berdasarkan rekod tiga kemenangan tiga seri dan tiga tewas.

Pertembungan ini pasti berlangsung dengan menarik memandangkan kedua-dua pasukan turun beraksi dengan misi memburu kemenangan bagi mendapatkan tiga mata penuh untuk memberikan tekanan kepada pendahulu Liga Super dengan mengekori rapat dalam carta Liga Super Malaysia 2018.

GC-Icon
kedah-ns-min-3
Negeri-Sembilan-FA Kedah-FA KEPUTUSAN TERKINI NEGERI SEMBILAN VS KEDAH 13.5.2018 LIGA SUPER
Perlawanan membabitkan pasukan Negeri Sembilan menentang Kedah berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bermula pada jam 9:00 malam, Ahad.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-10 Liga Super Malaysia 2018 (LS10) di antara pasukan Negeri Sembilan lawan (lwn) Kedah yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Logo-Malaysia-Super-League RESULT NEGERI SEMBILAN VS KEDAH LIGA SUPER 2018 (LS10)
Negeri SembilanNegeri-Sembilan-FA
1
2
Kedah-FA Kedah
Penjaring-Gol Flavio Beck JR 75′ FulltimeMasa-Penuh 8′ Liridon KrasniqiPenjaring-Gol
16′ Akhyar RashidPenjaring-Gol
LIVE STREAMING NEGERI SEMBILAN VS KEDAH 13 Mei 2018 LIGA SUPER
Aksi perlawanan Liga Super di antara pasukan Negeri Sembilan menentang Kedah turut disiarkan secara siaran langsung di Unifi TV CH 703 (Hypp TV) seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming Negeri Sembilan Vs Kedah disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung.

 

Info-Lain INFO SETERUSNYA
Klik-Link Jadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Liga Super
Klik-Link Keputusan Kesemua Perlawanan Liga Super
Close