Kategori Penerima BSH 2020 Bujang Layak Menerima Bayaran

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang lalu, banyak pembaharuan dibawa dengan tujuan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat. Antara yang menjadi topik hangat dibincangkan adalah isu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri nama BR1M akan ditukar kepada nama yang baharu iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH). Seperti BR1M, bantuan ini bertujuan membantu rakyat yang selayaknya untuk menerima bantuan daripada kerajaan.

Melalui pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan memberitahu beberapa perkara akan diperbaiki terutama sekali pengagihan bantuan kepada golongan sasaran. Lim Guan Eng berkata, BSH 2019 akan mensasarkan golongan isi rumah berpendapatan B40. Pengagihan untuk fasa pertama ini, kerajaan bercadang untuk menggunakan data penerima BR1M daripada kerajaan terdahulu. Ini kerana untuk mengemas kini penerima B40 mengambil masa yang lama. Oleh itu, kerajaan akan mula mengagihkan Bantuan Sara Hidup Ralyat melalui data terkini selepas permohonan baharu dan pengemaskininan maklumat BSH tahun 2019 di buat dengan mensasarkan untuk golongan B40 bermula fasa 2 dan fasa 3 nanti. BSH 2019 mula diagihkan kepada penerima pada 28 Januari 2019 dan akan didepositkan ke dalam akaun penerima.

Dianggarkan 4.1 juta isi rumah akan menerima manfaat daripada Belanjawan 2019 ini yang melibatkan RM 5 bilion akan dibelanjakan oleh kerajaan. Dengan bantuan seperti BSH ini diharapkan dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapai peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat kini. Bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dalam Belanjawan 2019 ini, kerajaan yakin dapat membantu rakyat terutama sekali golongan B40.

alert-warning INFO TERKINI : BSH 2020 BUJANG DAN OKU
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan pada tahun 2020 
Peruntukan sebanyak RM5 bilion disediakan dengan perluasan skim kepada 1.1 juta individu bujang serta OKU yang memenuhi kriteria berikut: 
No-1 Berusia 40 tahun ke atas bagi individu bujang
No-2 Berusia 18 tahun dan ke atas bagi OKU
No-3 Mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan bagi individu bujang dan OKU
Masing-masing akan menerima bayaran berjumlah RM300 seorang
Sekaligus mereka layak menerima bantuan Skim Perlindungan Takaful Mysalam dengan percuma
Klik-Link Skim Perlindungan Takaful MySalam

KATEGORI PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) 2019 BUJANG LAYAK MENERIMA

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Parlimen lalu, kerajaan telah membuat sedikit perubahan dalam kategori BSH 2019. Berikut dikongsikan kategori penerima BSH 2019:

GC-Icon
Kategori-Penerima-BSH-2019-Bujang-Tidak-Layak
INFO BSH BUJANG 2019
Atas saranan Perdana Menteri dan timbalannya: Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan melalui siaran media pada 19 Februari 2019 bahawa bantuan sebanyak RM100 akan diberikan kepada setiap individu yang telah berdaftar di bawah kategori bujang dalam pengkalan data BSH 2018. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima pada 28 Mac 2019 kepada lebih 3 juta individu melibatkan RM300 juta peruntukan. 
Untuk fasa bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
Pada 28 Mac 2019, proses pembayaran BSH 2019 kategori bujang sebanyak RM100 secara sekali bayar (one-off) telah pun dijalankan. 
Jika penerima mempunyai akaun, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon seperti yang didaftarkan. 
Sekiranya tiada akaun, Surat Makluman BSH 2019 akan diposkan kepada pemohon dan pemohon boleh menunaikannya di Bank Simpanan Nasion (BSN).
Untuk membuat semakan status kelayakan bagi kategori bujang BSH 2019, sila layari pautan seperti berikut:
Klik-Link Aplikasi Semakan Penerima Bujang BSH 2019
KATEGORI PENERIMA BSH 2019
No-1 Kategori 1 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 3,001-RM 4,000
Tick Menerima jumlah bantuan sebanyak RM 500
No-2 Kategori 2 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 2,001-RM 3,000
Tick Menerima jumlah bantuan sebanyak RM 750
No-3 Kategori 3 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 2,000 Dan Ke Bawah
Tick Menerima jumlah bantuan sebanyak RM 1,000
Tambahan BSH 2019
Tick Untuk setiap kategori di atas, akan menerima tambahan RM 120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah
Tick Terhad untuk empat orang anak sahaja
Tick Untuk anak Orang Kelainan Upaya (OKU) tiada had umur
SYARAT KELAYAKAN BSH 2019
No-1 Pasangan bukan warganegara Malaysia dan mempunyai anak warganegara (Mykad/MyKid)
No-2 Pasangan merupakan warganegara Malaysia yang memiliki MyKad atau pemegang MyPR atau MyKAS
No-3 Lelaki atau perempuan yang bekerja di Malaysia yang berpendapatan isi rumah bawah RM 4,000
No-4 Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
No-5 Hubungan dengan anak mestilah:
bullet-point Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
bullet-point Warganegara Malaysia
bullet-point Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan
bullet-point Berumur 18 tahun ke bawah atau
bullet-point Berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS atau OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
SEBAB TIDAK LAYAK BSH 2019
No-1 Bekerja atau menetap di luar negara
No-2 Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
No-3 Pendapatan isi rumah melebih RM 4,000 sebulan
No-4 Bujang yang berumur 59 tahun ke bawah *
No-5 Pasangan bukan warganegara/ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak memiliki anak
No-6 Transaksi pemilikan hartanah melebihi RM 500,000
No-7 Pendaftaran perniagaan, pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perkongsian liabiliti terhad:
bullet-point Memiliki 2 atau lebih perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
bullet-point Pemegang saham atau pengarah syarikat
bullet-point Memiliki perkongsian liabiliti terhad
No-8 Memiliki kenderaan bagi tahun buatan/daftar mulai tahun 2016 dan ke atas dan keupayaan enjin kenderaan seperti:
bullet-point Kenderaan keluaran dalam negara yang melebihi 2000cc
bullet-point Motosikal yang melebihi 500cc
bullet-point Kenderaan luar negara yang melebihi 1400cc
No-1 Pemohon BSH 2018 Yang Layak Menerima BSH 2019 Fasa 1
Tick Pemohon mestilah warganegara Malaysia sudah berkahwin
Tick Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Tick Warga emas sebatang kara
No-2 Pemohon BSH 2018 Yang Tidak Layak Menerima BSH 2019 Fasa 1
Tick Pemohon bukan warganegara Malaysia sudah berkahwin
Tick Bujang atau ibu bapa tunggal tiada tanggungan *
Tick Bujang yang mempunyai tanggungan  *
Nota  * Sila rujuk info terkini berkaitan kategori bujang BSH di atas
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Tick Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Tick Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
Tick E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
Klik-Link FAQ Bantuan Sara Hidup 2019
Close