Senarai terkini lokasi kamera AES/AWAS di seluruh Malaysia

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Kadar kemalangan lebuh raya di Malaysia semakin tahun semakin meningkat terutama pada musim perayaan. Antara sebab utama meningkatnya kadar kemalangan adalah kerana pengguna jalan raya memandu dengan laju. Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) merupakan penguatkuasa undang-undang di bawah Kementerian Pengangkutan telah menggunakan teknologi kamera Automated Enforcement System (AES) bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi had laju yang ditetapkan.

Ketika perbahasan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri ketika itu mengatakan bahawa urusan kamera AES akan dikendalikan sepenuhnya oleh dua syarikat swasta. Penguatkuasaannya kali pertama telah dilakukan pada 23 September 2012. Menurut rekod pada lapan hari yang pertama ia dikuatkuasakan sebanyak 63558 kesalahan trafik direkodkan dan 170 juta saman telah dikeluarkan. Untuk setiap kesalahan had laju yang dikenakan jumlah bayaran sebanyak RM300 untuk setiap kesalahan.

Penguatkuasaan kamera AES pada dasarnya dilihat baik bagi menangani masalah kemalangan dalam negara terutama di lebuh raya yang melibatkan memandu lebih had laju. Ia boleh mendisiplinkan pengguna jalan raya agar memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan. Kadar kemalangan semakin membimbangkan dan penguatkuasaan harus dititik beratkan lagi kerana ia terbukti mampu membantu mengurangkan masalah ini.

SENARAI LOKASI KAMERA AES ATAU AWAS

Berikut dikongsikan senarai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh Malaysia terutama di lebuh raya:

GC-Icon
senarai-lokasi-aes
LOKASI KAMERA AES/AWAS
KAMERA HAD LAJU
Lokasi Had Laju
KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J
KM 97.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J
KM 151.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J
KM 174 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J
KM 184.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J 
KM 204.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J
KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J
KM 299.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J
KM 301.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 90 KM/J
KM 375.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J
KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) 110 KM/J
KM 96.3 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) 110 KM/J
KM 146.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) 110 KM/J
KM 166 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) 110 KM/J
KM 185 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) 110 KM/J
KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) 110 KM/J 
KM 328.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) 110 KM/J
KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Terengganu) 110 KM/J
KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Lumpur) 110 KM/J
KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah utara) 110 KM/J
KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah selatan) 110 KM/J 
KM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara) 110 KM/J 
KM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan) 110 KM/J 
KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah utara) 110 KM/J
KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah selatan) 110 KM/J
KM 6.6 Lebuhraya SKVE 80 KM/J
KM 1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya 70 KM/J
KM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai 90 KM/J
KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Sungkai) 90 KM/J
KAMERA LAMPU ISYARAT
Lokasi
Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur KM 4 Jalan Setiawan-Lumut (Arah Setiawan)
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth
Jalan Pasir Putih, Ipoh KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput)
KM 4 Jalan Sitiawan-Lumut (Arah Lumut) KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
KM 11 Jalan Sitiawan-Ipoh KM 14 Jalan Ipoh-Pusing (Arah Sitiawan)
KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Ipoh) KM 8 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang
KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Kuala Lumpur) KM 38 Jalan Ipoh-Kampar (Arah Ipoh)
awas-map
Close