Kalendar tarikh penting UPU Online 2020-2021 permohonan semakan rayuan

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Pemerkasaan pendidikan tinggi dalam negara kita kini menjadi agenda penting kerajaan. Pelbagai institut, universiti dan pusat pendidikan diwujudkan untuk menampung lambakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf. Setelah keputusan diumumkan pelajar harus merancang hala tuju pendidikan mereka kerana ia akan menentukan masa depan mereka.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia (BPKP JPT) telah menggariskan tarikh-tarikh penting untuk diambil perhatian oleh semua pelajar. Tarikh kemasukan dan semakan keputusan kemasukan ke Universiti Awam (UA) politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam dan Kolej Komuniti sesi 2020/2021 akan dipaparkan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tarikh-tarikh ini amat penting kepada semua pemohon untuk diambil perhatian agar pemohon dapat mengikuti perkembangan permohonan bermula dari permohonan kemasukan serta erayuan sehinggalah mendapat tawaran.

TARIKH-TARIKH PENTING UPU ONLINE SESI 2020-2021 PERMOHONAN, SEMAKAN & RAYUAN

Berikut dikongsikan jadual tentang tarikh penting UPU online yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar bagi memudahkan pemohon untuk membuat rujukan:

GC-Icon
Kalendar-tarikh-penting-UPU
TARIKH PENTING UPU ONLINE SESI 2020-2021
Tarikh Perkara
21 Okt 2019 Pendaftaran Permohonan  UPU Online dibuka 
31 Dis 2019 Pendaftaran Permohonan UPU Online ditutup
Feb 2020 Permohonan UPU Online dibuka dan pembelian nombor unik ID di BSN dijual
Feb 2020 Pemilihan program pengajian oleh pemohon STPM, Asasi, Matrikulasi dan STAM
Dalam-Proses Penjualan nombor unik ID di BSN ditutup
Dalam-Proses Permohonan UPU Online ditutup
Dalam-Proses Semakan panggilan temuduga lepasan SPM
Dalam-Proses Temuduga lepasan SPM dimulakan
Dalam-Proses Hebahan keputusan kemasukan untuk lepasan SPM dan rayuan kemasukan ke UA dan politeknik premier dibuka
Dalam-Proses Rayuan permohonan lepasan SPM ditutup
Dalam-Proses Semakan panggilan temuduga dan panggilan ujian Medsi lepasan STPM setaraf
Dalam-Proses Ujian Medsi dimulakan
Dalam-Proses Temuduga bukan pendidikan lepasan STPM setaraf
Dalam-Proses Semakan Panggilan Temu Duga/ Ujian Khas Program Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
Dalam-Proses Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
Dalam-Proses Hebahan kemasukan bagi rayuan lepasan SPM
Dalam-Proses Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Dibuka
Dalam-Proses Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Ditutup
Dalam-Proses Hebahan kemasukan bagi lepasan STPM dan setaraf dan permohonan rayuan kemasukan STPM dan setaraf
Dalam-Proses Permohonan UPUOnline Rayuan STPM / Setaraf Ditutup
Dalam-Proses Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 1
Dalam-Proses Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan STPM / Setaraf Rayuan Fasa 2
Close