Menu Bola

Kalendar Puasa Sunat dan wajib 2019 Malaysia 1440 – 1441H

22:19 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 9 January 2019 jam 11:24 AM oleh GC.editor

Amalan berpuasa sunat merupakan amalan yang digalakkan dalam agama islam. Umat islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan ketika bulan Ramadhan seperti yang tertulis dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 183. Berpuasa juga merupakan salah satu daripada rukun islam. Selain daripada puasa wajib terdapat juga puasa sunat. Amalan puasa sunat ini sering dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Segala amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW seperti berpuasa akan menjadi ibadah sunnah jika kita sebagai umatnya menjadikan sebagai amalan harian.

Cara berpuasa adalah dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Kita digalakkan untuk bersahur untuk memberikan tenaga disepanjang menjalani ibadah puasa. Waktu bersahur tamat adalah sebelum masuknya waktu subuh. Selepas daripada itu adalah waktu untuk kita berpuasa sehinggalah terbenam matahari kemudian baru lah kita boleh berbuka puasa. Umat islam dianjurkan untuk berbuka dengan makanan yang manis seperti yang biasa dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Banyak kelebihan berpuasa antaranya adalah mendapat ganjaran daripada Allah tidak kira untuk puasa wajib mahupun puasa sunat. Selain itu, puasa juga melatih tahap kesabaran kita seperti yang diriwayatkan dalam hadis oleh Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”. Dari segi kesihatan pula telah terbukti puasa mampu meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan. Puasa juga dapat meningkatkan metabolisme dalam tubuh dan banyak lagi kelebihan berpuasa telah dibuktikan oleh pakar.

KALENDER PUASA SUNAT DAN WAJIB MALAYSIA TAHUN 2019 (1440-1441 HIJRAH)

Puasa sunat merupakan puasa yang sering diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya. Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi sesiapa yang mengamalkannya. Berikut dikongsikan senarai puasa-puasa sunat beserta kalender puasa sunat dan wajib sebagai panduan semua:

GC Icon
Kalendar Puasa Sunat dan wajib 2019 Malaysia 1440 1441H
SENARAI PUASA SUNAT
Puasa Isnin Dan Khamis
Amalan yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah berpuasa pada isnin dan khamis. Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi)

Puasa 3 Hari Sebulan
Antara puasa yang dianjurkan adalah berpuasa tiga hari dalam sebulan. Sebaiknya berpuasa pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan hijrah. Ianya dinamakan Hari Putih kerana pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. ’Ia seperti yang diriwayatkan oleh Tirmizi:

“Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Puasa Nabi Daud
Puasa ini diamalkan oleh Nabi Daud dan dianjurkan juga untuk umat Nabi Muhammad melakukannya. Caranya adalah dengan puasa selang sehari. Amalan puasa sunat ini seperti yang diriwayatkan dalam hadis:

“Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

Puasa Hari Arafah
Hari arafah adalah hari ke sembilan dalam bulan zulhijjah. Pada ketika itu mereka yang mengerjakan ibadah haji akan melakukan ibadah wukuf. Bagi yang tidak mengerjakan ibadah haji anda digalakkan untuk berpuasa. Antara kelebihan adalah seperti dalam riwayat hadis berikut:

“Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

Puasa di bulan Rejab
Bulan rejab merupakan salah satu daripada bulan haram dalam islam bermakna dalam bulan ini diharamkan berperang. Kemuliaan bulan rejab adalah berlakunya israk mikraj Nabi Muhammad SAW ketika bulan ini. Tiada hadis yang sahih tentang puasa di bulan rejab namun tiada masalah untuk berpuasa dalam bulan ini
Puasa Bulan Syaaban
Puasa di bulan Syaaban atau dikenali dengan puasa nisfu syaaban merupakan amalan yang dianjurkan dalam islam. Malam Nisfu Syaaban mengikut Kalendar Masihi adalah pada malam 15 Syaaban. Kita digalakkan menghidupkan malam dengan ibadah dan siang harinya berpuasa seperti dalam hadis:

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar” (Riwayat Ibnu Majah)

Puasa Hari ‘Asyura
Puasa asyura jatuh pada sepuluh muharam. Umat islam menghormati hari asyura kerana pada hari tersebut berlaku peristiwa besar ke atas para nabi. Nabi Muhammad menganjurkan amalan puasa asyura ini dan bagi membezakan dengan yahudi digalakkan untuk berpuasa satu sebelum atau selepas hari asyura seperti dalam hadis:

“Berpuasalah kamu pada hari `Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”

KALENDAR PUASA SUNAT DAN WAJIB 2019
Berikut adalah kalendar puasa sunat, puasa wajib dan hari yang diharamkan puasa pada tahun 2019 bersamaan dengan tahun 1440-1441 hijrah:
kalender puasa Sunat dan Wajib 2019
Klik LinkMuat Turun Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2019
MAKRUH BERPUASA SUNAT
Berikut adalah amalan puasa yang makruh dilakukan:
Puasa pada hari arafah bagi orang yang mengerjakan haji
Pada hari Sabtu sahaja
Puasa pada hari Jumaat sahaja
Puasa sepanjang tahun
HARI HARAM BERPUASA SUNAT
Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban