Kalendar Peperiksaan MUET 2020 MPM Sesi 1, 2 & 3

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Malaysian English University Test (MUET) adalah merupakan satu bentuk ujian Bahasa Inggeris yang melibatkan empat komponen iaitu lisan (speaking), penulisan (writing), bacaan (reading) dan pendengaran (listening) dan peperiksaan MUET diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Keputusan peperiksaan MUET ini akan digunakan sebagai salah satu syarat khas kemasukan ke universiti awam Malaysia dengan syarat minima MUET adalah ditetapkan oleh universiti awam masing-masing. Pelajar perlu mencapai tahap Band yang diperlukan untuk layak membuat permohonan kemasukan ke universiti awam.

Setiap tahun, peperiksaan MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali (sesi) iaitu sesi 1, 2 & 3 (Dahulunya dikenali sebagai sesi Mac, Julai dan November). Selain itu terdapat juga peperiksaan yang diadakan di luar sesi ini yang dipanggil MUET On Demand (MOD). Untuk mengambil peperiksaan MUET pelajar perlu untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu secara online. Setelah itu, mereka perlu cetak slip pendaftaran dan bawa ketika peperiksaan MUET berlangsung. Perlu diingatkan, tiada sebarang kelas persediaan peperiksaan MUET. Oleh itu, pelajar perlu membuat persediaan sendiri untuk menyediakan diri dalam kesemua komponen peperiksaan MUET.

Kepentingan peperiksaan MUET ini adalah sebagai indikator untuk mengetahui kemahiran berbahasa inggeris pelajar sebelum mendaftar ke mana-mana universiti awam. Penguasaan bahasa inggeris di peringkat universiti amat penting memandangkan ia merupakan bahasa antarabangsa masa kini. Tambahan pula proses pengajaran dan pembelajaran di universiti juga dalam bahasa inggeris. Oleh sebab itu, peperiksaan MUET dijalankan bagi memastikan pelajar mahir berbahasa inggeris.

KALENDAR PEPERIKSAAN MUET TAHUN 2020 (TARIKH PENDAFTARAN DAN UJIAN LISAN/ BERTULIS)

Jadual peperiksaan MUET telah dikeluarkan secara rasmi oleh MPM untuk sesi 1, 2 dan 3 tahun 2019 meliputi tarikh pendaftaran peperiksaan beserta tarikh ujian diadakan. Oleh itu, pelajar yang ingin mengambil peperiksaan MUET boleh merancang sendiri tarikh untuk mengambil peperiksaan MUET. Jadual peperiksaan MUET mengikut sesi adalah seperti berikut:

GC-Icon
jadual-peperiksaan-MUET-2019
KALENDAR MUET 2020
PERKARA SESI 1 SESI 2 SESI 3
Tarikh pendaftaran dibuka 14 November 2019 4 Februari 2020
21 Mei 2020
Tarikh tutup pendaftaran 9 Januari 2020 24 Mac 2020
8 Julai 2020
Tarikh ujian lisan (Speaking) 3, 5, 9, 10, 11, dan 12 Mac 2020 9, 10, 11, 15, 16, dan 17 Jun 2020 21, 22, 23, 28, 29 dan 30 September 2020
Tarikh ujian bertulis (Writing, Reading, Listening) 28 Mac 2020 20 Jun 2020 31 Oktober 2020
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi MPM ataupun alamat berikut. Turut disertakan juga adalah pautan muat turun jadual peperiksaan MUET yang lengkap:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG,

68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ceo@mpm.edu.my

Klik-Link Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Klik-Link Jadual Lengkap Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2020
Close