Kalendar Islam 2020 Dan Tarikh Penting 1441-1442H

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Takwim Hijrah atau dalam Bahasa Arab, at-taqwīm al-hijrī yang juga dikenali sebagai tahun Hijriah adalah takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam. Takwim ini bermula dari tahun 622 Masihi dan fungsinya adalah untuk menentukan atau mengenalpasti hari kebesaran Islam.

Tahun pertama Rasulullah SAW berhijrah ditetapkan sebagai tahun pertama kalendar Hijrah iaitu 1 Hijrah (1H). Pada tahun itu, Nabi Muhammad SAW dan para pengikut baginda berpindah dari Mekah ke Yathrib (kini Madinah). Peristiwa ini, yang dikenali sebagai Hijrah, diperingati dalam Islam disebabkan peranannya dalam penubuhan masyarakat Islam pertama.

Berpandukan kalendar Hijrah, tarikh-tarikh penting seperti puasa, perayaan Aidilfitri, Aildiladha dan lain-lain dapat dikenalpasti terlebih dahulu sebelum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dapat membuat pengisytiharan dengan tepat.

Penggunaan Kalendar Tahun Hijrah/Hijriah adalah hasil ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar Al-Khattab r.a. Ia merupakan rentetan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zaman beliau. Sehingga kini kalendar tersebut digunapakai oleh umat Islam seluruh dunia. Buat yang berminat, berikut dikongsikan Kalendar Islam Malaysia 2020 Dan Tarikh Penting 1441-1442H untuk rujukan.

KALENDAR ISLAM MALAYSIA 2020 DAN TARIKH PENTING HARI KEBESARAN/ PERAYAAN 1441-1442H 

Berikut dikongsikan senarai perincian bagi Kalendar Islam termasuk tarikh-tarikh penting iaitu Hari Perayaan dan Kebesaran dalam Islam di Malaysia untuk tahun 1441H-1442H (Hijrah) bersamaan 2020M (Masihi). Sumber adalah daripada Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

GC Icon
kalendar islam dan tarikh penting
KALENDAR ISLAM 1441 – 1442H
Tarikh HijriTarikh MasihiHari
1 Jamadilawal 144128 Disember 2019Sabtu
1 Jamadilakhir 144126 Januari 2020Ahad
1 Rejab 144125 Februari 2020Selasa
1 Syaaban 144126 Mac 2020Khamis
1 Ramadan 144124 April 2020Jumaat
1 Syawal 144124 Mei 2020Ahad
1 Zulkaedah 144123 Jun 2020Selasa
1 Zulhijjah 144122 Julai 2020Rabu
1 Muharram 144220 Ogos 2020Khamis
1 Safar 144219 September 2020Ahad
1 Rabiulawal 144218 Oktober 2020Ahad
1 Rabiulakhir 144217 November 2020Selasa
1 Jamadilawal 144216 Disember 2020Rabu
TARIKH-TARIKH PENTING TAHUN 2020 / 1441 – 1442H
Tarikh HijriTarikh MasihiHari Perayaan/Kebesaran Islam
27 Rejab 144122 Mac 2020Israk dan Mikraj
15 Syaaban 144119 April 2020Nisfu Syaaban
1 Ramadhan 1441*24 April 2020Awal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan 144110 Mei  2020Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1441*24 Mei 2020Hari Raya Puasa / AidilFitri
1 Zulhijjah 144122 Julai 2020Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1441*31 Julai 2020Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 144220 Ogos 2020Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144229 Oktober 2020Maulidur Rasul
Nota Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
TAKWIM 2020 MILADIAH/ 1441-1442 HIJRIAH
takwim 2020 miladiah 1
Close