Menu Bola

KADS1M 2018 Bank Rakyat permohonan dan semakan status keputusan

19:46 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 26 October 2018 jam 08:54 AM oleh GC.editor

Semakan pengkreditan RM250 untuk Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang dikreditkan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) akaun bank rakyat boleh dibuat di ATM Cawangan Bank Rakyat dan laman web perbankan internet i-Rakyat.

Sebagai makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi menyalurkan RM300 juta untuk pembayaran kepada 1.2 juta penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta yang layak menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M).

Kerajaan memberikan bantuan pendidikan tinggi sejumlah RM250 ke dalam KADS1M dengan tujuan bagi mengekang penyalahgunaan penggunaan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) seperti yang dilaksanakan sebelum ini di kalangan pelajar.

Peruntukan tersebut adalah selaras dengan Bajet 2018 sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017 bagi membantu mengurangkan kos sara hidup yang dialami penuntut institusi pengajian tinggi.

Pembayaran bantuan Baucar Buku akan disalurkan melalui Bank Rakyat berdasarkan padanan data penuntut yang mempunyai akaun Bank Rakyat dengan data maklumat pelajar yang layak menerima bantuan itu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi

Dengan menggunakan KADS1M yang telah dikreditkan RM250, Pelajar boleh membeli buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.

TARIKH SEMAKAN DAN PERMOHONAN BPPT – KADS1M
PerkaraMakluman
Penerima BPPT Sedia Ada (Semakan)Bagi mereka yang layak, bayaran BPPT akan dikreditkan ke dalam akaun bank rakyat masing-masing dan boleh disemak pada 15 Mac 2018 mulai jam 4 petang di ATM ataupun melalui perbankan internet i-Rakyat di pautan www.irakyat.com.my
Penerima BPPT Baharu (Permohonan)Pelajar boleh meyemak kelayakan bermula 1 April 2018 (tertakluk kepada sebarang pindaan). Sekiranya layak pelajar boleh terus membuat permohonan

BPPT Kads1m Bank Rakyat 2018

SEMAKAN BAYARAN BPPT DALAM AKAUN BANK RAKYAT – KADS1M
Penerima BPPT sedia ada yang layak, bayaran BPPT akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Rakyat masing-masing dan boleh disemak pada 15 Mac 2018 mulai jam 4 petang di ATM ataupun melalui perbankan internet di pautan www.irakyat.com.my
PERMOHONAN KADS1M BANK RAKYAT DAN SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN KELULUSAN
Syarat dan kriteria kelayakan pelajar IPT bagi mendapatkan Bantuan Pendidikan Tinggi (Baucar Buku RM250) melalui Kad Debit Pelajar (KADS1M) Bank Rakyat adalah seperti di bawah.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI
No 1Warganegara Malaysia.
No 2Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT).
No 3Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengumpulan data pelajar iaitu pada 31 Disember 2017.
No 4Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia (pelajar perlu menyemak kelayakan di IPT masing-masing).
No 5Menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah selian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Perguruan, Kementerian Sumber Manusia atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa dan lain-lain kementerian yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
No 6Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.
TARIKH PERMOHONAN KADS1M BANK RAKYAT 2018
DibukaDitutup
1 April 2018
30 Ogos 2018
Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada sebarang pindaan. Sila layari laman web rasmi Bank Rakyat di pautan www.bankrakyat.com.my untuk lebih keterangan lanjut.
PROSES PERMOHONAN KADS1M 2018
Isi borang e-Permohonan melalui pautan (link) di bawah secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Pastikan alamat emel yang betul dimasukan.
Klik Linkhttp://www.bankrakyat.com.my/bppt
InfoSistem borang permohonan hanya akan dibuka pada tarikh yang telah dinyatakan.
Status permohonan akan disahkan melalui emel permohonan oleh Bank Rakyat.
Kunjungi Cawangan Bank Rakyat yang dipilih untuk pengambilan KADS1M Debit dengan membawa Mykad dan (satu salinan) serta Kad Pelajar dan (satu salinan).
Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila berurusan dengan pihak pentadbiran IPT masing-masing atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau layari Laman Web Rasmi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia di pautan kadsiswa.1pengguna.com
SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN KADS1M BANK RAKYAT 2018
Pemohon akan menerima emel status permohonan KADs1M dari Bank Rakyat atau boleh membuat semakan melalui sistem aplikasi semakan yang akan dibuka nanti.
CIRI-CIRI KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)
Kad 3 dalam 1, iaitu:
No 1BB1M (RM250 telah dikreditkan dalam kad)
No 2Kad Diskaun Pelajar
No 3Kad Debit & ATM