Cara Pengiraan Kadar Caruman KWSP & SOCSO 2019

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Ditubuhkan pada tahun 1951, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang paling besar di dunia. Peranan KWSP adalah untuk membantu tenaga kerja Malaysia dalam menabung demi persaraan mereka selaras dengan akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Social Security Organisation (SOCSO) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pula adalah perbadanan yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada para pekerja serta tanggungan mereka dengan hasrat untuk melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am).

Untuk memperoleh faedah-faedah dari KWSP atau EPF, majikan bertanggungjawab untuk melakukan bayaran caruman untuk pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Majikan hendaklah memastikan bahawa caruman bulanan pekerja dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan bayaran dilakukan kepada KWSP. Bayaran caruman KWSP dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui akses dalam talian (online).

Buat makluman semua, cara pengiraan kadar caruman KWSP & SOCSO dilakukan berdasarkan jadual yang disediakan oleh KWSP dan SOCSO itu sendiri. Untuk KWSP, majikan perlu membayar caruman untuk ubah bulanan pada atau sebelum 15 haribulan bagi bulan berikutnya. Sebagai contoh, gaji masuk pada bulan Mac 2019 maka bulan caruman adalah April 2019 dan perlu dibayar pada atau sebelum 15 April 2019. Syer pekerja dan majikan hendaklah dibayar kepada KWSP. Syer pekerja boleh dipotong daripada gaji pekerja.

CARA PENGIRAAN SEBENAR KADAR CARUMAN KWSP DAN SOCSO TAHUN 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara membuat pengiraan kadar caruman bagi KWSP dan SOCSO untuk tahun 2019.

GC-Icon
cara-kira-caruman-KWSP-SOCSO
CARA PENGIRAAN KADAR CARUMAN KWSP 2019
Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 digunakan sebagai rujukan untuk mengira kadar caruman terkini bagi majikan dan pekerja. Bahagian A untuk pekerja warganegara dan Bahagian B untuk pekerja bukan warganegara Malaysia. Ia berkuatkuasa mulai gaji/upah Januari 2019. Majikan perlu membuat bayaran caruman KWSP menurut jadual ini. Klik pada pautan di bawah untuk mengetahui kadar caruman majikan dan pekerja: 

KADAR CARUMAN BULANAN (JADUAL KETIGA) KWSP (EPF)

Nota  Sekiranya majikan membayar bonus kepada pekerja yang menerima upah bulanan RM5,000.00 dan ke bawah, dan apabila menerima bonus tersebut menjadikan upah yang diterima bagi bulan itu melebihi RM5,000.00, caruman majikan hendaklah dikira pada kadar 13% daripada amaun upah bagi bulan itu. Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit yang berikutnya.
Nota  Bagi bulan yang upahnya melebihi RM20,000.00 pula, caruman oleh pekerja hendaklah dikira pada kadar 11% daripada amaun upah bagi bulan itu, dan caruman oleh majikan hendaklah dikira pada kadar 12% daripada amaun upah bagi bulan itu. Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya.
CARA PENGIRAAN KADAR CARUMAN PERKESO 2019
Kadar caruman PERKESO merangkumi dua jenis iaitu Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan) dan Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan). Bagi Jenis Pertama jumlah caruman mengambil kira syer majikan dan pekerja manakala bagi Jenis Kedua jumlah caruman oleh majikan sahaja. Berikut dikongsikan pautan untuk merujuk jadual kadar caruman dengan lebih lanjut: 

KADAR CARUMAN BULANAN PERKESO

Nota Caruman bulanan adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsuranskan sebanyak RM4,000.00 sebulan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan di bawah:
Tick Talian KWSP : 03 8922 6000 (Masa Operasi : Isnin – Jumaat, 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang)
Tick Talian PERKESO : 1-300-22-8000 (Masa Operasi : Isnin – Jumaat, 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang)
Klik-Link Laman Web Rasmi KWSP
Klik-Link Laman Web Rasmi PERKESO
Close