Kad Perak Prihatin Bantuan Asas Makanan RM80 Sebulan

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Setelah kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, banyak pembaharuan yang telah dilakukan. Semuanya demi memastikan kebajikan rakyat terjaga. Terbaharu, Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan bantuan khas untuk rakyat negeri Perak, program ini dinamakan Program Perak Prihatin. Program ini mensasarkan keluarga yang berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Bantuan yang akan disalurkan melalui program ini adalah barangan asas dan khidmat rawatan perubatan yang melibatkan 17,000 orang penerima. Menurut Menteri Besar Perak, peruntukan sebanyak RM 22 juta akan dibelanjakan untuk program ini sepanjang tahun 2019.

Melalui program ini, penerima akan mendapat kad Perak prihatin secara fizikal. Pemegang kad Perak prihatin layak untuk membeli barangan asas makanan bernilai RM 80 sebulan di mana-mana kedai runcit yang berdaftar. Pemegang kad juga layak untuk mendapat rawatan kesihatan sehingga RM 300 setahun di mana-mana klinik panel terpilih. Untuk permulaan, kerajaan negeri hanya mampu membantu 17,000 penerima sahaja pada tahun 2019 sungguhpun jumlah penerima yang layak lebih dari ini. Pada tahun 2020,kerajaan negeri telah mengumumkan jumlah penerima akan dinaikkan kepada 20 ribu isi rumah dengan peruntukkan RM25.2 juta.

Program jangka masa pendek ini diharap dapat meringankan beban golongan sasar bagi menghadapi cabaran ekonomi masa kini. Kerajaan Negeri berharap di masa akan datang kerajaan negeri dapat membantu golongan sasar ini keluar dari para kemiskinan dan miskin tegar. Antara cara yang akan difikirkan adalah membantu mereka meningkatkan jumlah pendapatan mereka. Diharap bantuan sebegini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dan jangan disalah gunakan.

CARA AKTIFKAN KAD PRIHATIN PERAK – BANTUAN ASAS MAKANAN RM 80 SEBULAN DAN RAWATAN PERUBATAN

Berikut dikongsikan beberapa perkara penting berkaitan kad Perak prihatin ini. Antaranya adalah cara mengaktifkan kad, manfaat bantuan kad Perak prihatan serta beberapa info penting yang berkaitan.

GC Icon
Kad Perak Prihatin
CARA AKTIFKAN KAD PRIHATIN
Abjad AAktifkan Secara Online
No 1Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk aktifkan kad prihatin:

PENGAKTIFAN KAD ERAK PRIHATIN ONLINE

No 2Masukkan no kad 16 digit dihadapan kad, nombor CVV (3 digit dibelakang kad) dan nombor kad pengenalan
No 3Pastikan maklumat adalah tepat kemudian tekan butang hantar
Abjad BSistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
No 1Taipkan : WBC<jarak>PACT<jarak>NO. KAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)
No 2Hantarkan ke : 33555
Abjad CPusat Panggilan
No 1Pemegang kad boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Perak Prihatin di talian: 1 800 22 6600
FUNGSI MELALUI SMS
Abjad APenukaran Pin
TickTaipkan: WBC<jarak>PPIN<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YG TERAKHIR)<jarak>PIN-LAMA<jarak>PIN-BARU dan hantar ke 33555
Abjad BReset Pin
TickTaipkan: WBC<jarak>PRPIN<jarak>NO-CVV<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YANG TERAKHIR)<jarak>PIN-BARU dan hantar ke 33555
Abjad CSemakan Baki
TickTaipkan: WBC<jarak>PBAL<jarak>NO. MYKAD (LAST 6 DIGIT)<jarak>PIN dan hantar ke 33555
MANFAAT BANTUAN KAD PERAK PRIHATIN
Manfaat 1: Rawatan Kesihatan
TickSetiap penerima akan mendapat bantuan sebanyak RM 300 had pembiayaan untuk tempon satu tahun dan setiap kali rawatan terhad sebanyak RM 50 sahaja. Tiada had jenis rawatan atau perubatan untuk kemudahan kesihatan asas. Proses untuk menggunakan manfaat ini adalah seperti berikut:
bullet pointTunjuk dan serahkan kad Perak prihatin dan MyKad anda ketika di klinik panel. Senarai klinik panel adalah seperti pautan dibawah:
Klik LinkSenarai Klinik Panel Perak Prihatin
bullet pointPengesahan had kelayakan dan baki gunaan kad akan dilakukan. Jika perlu, klinik panel akan menghubungi Perak Prihatin untuk pengesahan
bullet pointPenerima bantuan perlu menandatangani borang kehadiran ke klinik dan PDPA
bullet pointPenerima boleh mendapatkan rawatan dan perubatan secara percuma
bullet pointKlinik panel akan merekodkan rawatan yang telah dilakukan kemudian akan membuat tuntutan dengan pihak Perak Prihatin secara atas talian
bullet pointSemakan pengesahan dan bayaran kepada klinik panel
Manfaat 2: Pembelian Barangan Asas
TickSatu keluarga layak mendapat satu kad sahaja. Had pembelian barangan adalah tidak melebihi RM 80 sebulan. Baki nilai bulan terdahulu tidak boleh di bawa ke bulan akan datang. Pembelian akan dilakukan secara tanpa tunai. Berikut adalah senarai kedai dan senarai barangan prihatin:
Klik LinkSenarai kedai atau pasaraya yang berdaftar
Klik LinkSenarai baranagn Perak prihatin
bullet pointSemak baki kad sebelum membuat pembayaran
bullet pointSerahkan kad Perak Prihatin kepada juruwang
bullet pointBarang yang dibeli akan direkod dan barangan yang dipilih akan direkod secara automatik dengan menggunakan Point Of Sale dan hanya barangan yang dalam senarai boleh digunakan
bullet pointKad Perak Prihatin akan dimasukkan ke terminal pembayaran kemudian masukkan nombor pin sebelum pembelian selesai
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempu nyai masalah, sila rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan:
Klik LinkNo Telefon: 1 800 22 6600  
Klik LinkLaman Sesawang Rasmi Perak Prihatin
Close