Cara Menjadi Penjual Barang Online Di Shopee

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Terdapat banyak platform berniaga yang boleh kita dapati kini. Antara yang popular adalah shopee. Shopee adalah platform e-dagang yang beribu pejabat di Singapura di bawah syarikat Sea Group yang ditubuhkan pada 2009. Tujuan utama shopee adalah menyediakan platform membeli dan menjual barangan secara online di kawasan asia tenggara dan Taiwan. Antara platform lain yang sama seperti shopee adalah Lazada, Tokopedia dan AliExpress.

Terdapat beberapa cara mudah untuk anda memulakan perniagaan di Shopee. Berniaga di Shopee ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai produk sendiri atau untuk mereka yang menjadi ejen dropship apa-apa produk. Jika anda tidak mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan, platform Shopee sangat sesuai kerana tiada bayaran dikenakan untuk berdaftar di laman web Shopee sebagai peniaga.

Untuk membuat pendaftaran anda hanya perlu klik butang daftar atau sign-up. Kemudian isikan maklumat yang diperlukan. Paling penting adalah untuk memasukkan nombor telefon anda. Hal ini kerana aktiviti akaun anda kebiasaanya menggunakan telefon. Jika ada sebarang masalah, pihak khidmat pelanggan Shopee sedia membantu anda dan akan membimbing anda.

PANDUAN CARA MENJADI PENJUAL BARANGAN ONLINE DI SHOPEE

Berikut dikongsikan cara-cara untuk anda memulakan perniagaan anda di Shopee. Sila ikut langkah seperti di bawah jika anda berminat untuk mula berniaga di Shopee:

GC-Icon
Cara-Jadi-Penjual-Di-Shopee
 CARA MENJADI PENJUAL BARANG ONLINE DI SHOPEE

Laman Sesawang Shopee

Sila layari pautan di atas kemudian tekan butang sign-up/daftar untuk membuat pendaftaran
cara-jadi-penjual-shopee-1
Lengkapkan maklumat yang diperlukan. Paling penting adalah untuk mendaftarkan nombor telefon yang aktif kemudian tekan butang hantar kod verifikasi. Kemudian anda akan menerima verification code melalui sms dan tekan butang sign-up/daftar
sign-up-details
Masuk semula ke laman web Shopee dan klik butang my account
Klik menu profile untuk kemas kini maklumat kedai anda seperti email, nombor telefon dan nama kedai
kemas-kini-profile
Lengkapkan maklumat lain seperti bank & kad, alamat
Klik butang jual/seller centre (di bahagian atas belah kiri) untuk kemas kini maklumat my wallet dan ikut langkah seperti yang diminta
Kemudian tekan butang shop settings untuk kemas kini maklumat kedai anda seperti nama, gambar profile dan isikan deskripsi kedai anda
Tetapkan cara penghantaran barang anda dengan tekan butang my shipping. Terdapat dua cara penghantaran barang iaitu melalui Shopee Supported Logistics (SSL) dan penghantaran manual. Tetapkan maklumat seperti yang tertera dalam gambar di bawah
My-shipping
Lengkapkan alamat seller dengan klik butang My address kemudian tekan butang add new address
Tekan butang bank accounts/cards dan lengkapkan maklumat bank untuk menerima bayaran hasil daripada jualan kedai anda
bank-accounts-details
Untuk tetapan produk sila tekan butang seller centre/jual dan tekan menu my products. Muat naik gambar produk anda. Gambar boleh dimuat naik sebanyak maksimum sembilan gambar sahaja dengan kapasiti saiz di bawah 2MB
muat-naik-gambar-produk
Isikan maklumat lengkap mengenai produk anda seperti nama produk, deskripsi produk, harga dan kategori produk.  Harga dan stok terkini wajib dimasukkan ke bahagian price & inventory
maklumat-produk
Lengkapkan tetapan shipping seperti berat keseluruhan bungkusan bersama produk dan saiz bungkusan. Sila tetapkan sama ada mahu pelanggan menanggung kos penghantaran atau anda sendiri yang menanggungnya
tetapan-kos-penghantaran
Untuk pesanan pre-order, sila tetapkan berapa hari diperlukan untuk penghantaran. Pilih kondisi produk anda sama ada baru atau terpakai. Parent SKU adalah jenama atau brand produk tersebut. Kemudian tekan butang simpan/save
pre-order
 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau masalah sila layari pautan berikut:
No Telefon: 03-2777 9222
Klik-Link Help Centre Shopee
Close