Menu Bola

Keputusan johan tilawah Al-Quran 2019 peringkat antarabangsa senarai pemenang

13:53 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 20 April 2019 jam 10:16 PM oleh GC.editor

Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Tahun 1440H / 2019M akan berlangsung dari 15 hingga 20 April 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan keputusan siapa johan Qari dan Qariah menjadi tumpuan.

Tilawah Al-Quran Antarabangsa kini memasuki edisi ke-61 dengan menyaksikan penyertaan terbanyak tahun lepas iaitu sebanyak 87 negara termasuk negara pertama kali menyertainya  iaitu Macedonia, Niger dan Benin yang membuktikan MTQHA semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa

Pada tahun lepas, wakil Malaysia pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur adalah Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri dari negeri Kelantan Suhailah Zulkifly dari negeri Melaka.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah MTHQA akan disempurnakan oleh Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah

KEPUTUSAN PENUH SENARAI PEMENANG MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA TAHUN 2019/ 1440H

Berikut adalah senarai penuh bagi pemenang Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Tahun 1440H / 2019M yang berlangsung bermula dari 15 hingga 20 April 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

GC Icon
Juara Tilawah Al quran
KEPUTUSAN PENUH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 1440H/2019M
KedudukanPemenangMarkahNegara
Kategori Qari
Johan QariAbdul Khair Jalil93.02%Malaysia
Naib Johan QariYassine Bekouassa91.75%Algeria
Ketiga QariIlyas Lamhayahoui89.92%Maghribi
Kategori Qariah
Johan QariahNor Farhatul Fairuzah Panut87.05 %Malaysia
Naib Johan QariahWardatun Nisa Hasa84.88%Indonesia
Ketiga QariahKarimah Hayibaraheng80.46%Thailand
Pemenang Qari dan Qariah masing-masing menerima hadiah berbentuk kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai berjumlah RM40,000
KEPUTUSAN PENUH MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 1440H/2019M
Kategori Hafiz
KedudukanPemenangNegara
PertamaMohamed AbdiSweden
KeduaMohammad Maruf HossainKanada
KetigaHeytham Sagar AhmadKenya
Kategori Hafizah
KedudukanPemenangNegara
PertamaFatouma Ousseni MoussaNiger
KeduaHadeel K.A MadfaaPalestin
KetigaHasiya Usman JibrillaNigeria
KEPUTUSAN PENUH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 1439H/2018M
KedudukanPemenangMarkahNegara
Kategori Qari
Johan QariAbdullah Fahmi Che Nor92.09%Malaysia
Naib Johan QariMokhtar Dehghan Estajroudi85.68%Iran
Ketiga QariSalah Eddine Haissam85.33%Algeria
Kategori Qariah
Johan QariahSuhailah Zulkifly92.05%Malaysia
Naib Johan QariahKhamisatudduha Abdul Wahab90.08%Indonesia
Ketiga QariahWidadul Wahidah Mahamod85.96%Singapura
Pemenang Qari dan Qariah masing-masing menerima hadiah berbentuk kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai berjumlah RM40,000
KEPUTUSAN PENUH MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 1439H/2018M
Kategori Hafiz
KedudukanPemenangNegara
PertamaKolim SiddiqeeBangladesh
KeduaWaleed Hamad Mohamed Ahmed AlmarzooqiUAE 
KetigaMuzmil Ahmed Mohammed AhmedSudan
Kategori Hafizah
KedudukanPemenangNegera
PertamaBilghiss DarMauritania
KeduaSiti Nadhirah Mohd ShafieMalaysia
KetigaAshura Amani LilangaTanzania