Gambar Dan Harga Jersi Baharu Pasukan JDT 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Setiap tahun peminat bola sepak tempatan pasti akan menantikan rekaan terbaharu jersi pasukan kegemaran masing-masing. Kebiasaannya jersi baharu akan dilancarkan dalam satu majlis rasmi sebelum liga bermula. Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) setiap tahun antara yang paling mencuri tumpuan. Jersi JDT musim lepas telah direka oleh Syarikat Barangan Sukan gergasi iaitu Nike. Untuk musim 2020, jersi untuk pasukan JDT juga akan direka oleh Nike yang direka khas di ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat.

Sudah semestinya jersi terbaharu JDT nanti akan mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan terutama sekali peminat tegar Johor Southern Tigers. JDT turut mengekalkan variasi seperti tahun lepas dimana hanya terdapat jersi Home dan Away. Menurut facebook Johor Southern Tigers pellancaran akan dilakukan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 1 Februari 2020.

Pada hari pelancaran juga akan terdapat aktiviti lain bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut. Seperti semua sedia maklum, pada tahun ini selain daripada menyertai kejohanan dalam liga Malaysia, JDT juga akan bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL-AFC Champions League) 2020. Oleh itu, kepada semua peminat JDT jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan jersi JDT terbaharu 2020 dan memakainya di kesemua kejohanan yang disertai JDT sepanjang musim 2020.

JERSI BAHARU PASUKAN JDT 2020 GAMBAR DAN HARGA (HOME AWAY)

Berikut adlaah maklumat penting berkaitan tarikh pelancaran jersi JDT serta gambar dan harga. Gambar dan harga jersi JDT 2020 akan dimaklumkan setelah diumumkan oleh pihak Johor Southern Tigers:

GC Icon
Jersi Baharu JDT 2019 Gambar Dan Harga

JDT FCTARIKH DAN TEMPAT PELANCARAN JERSI JDT 2020

Tarikh
1 Februari 2020
Tempat Pelancaran
Dataran Bandaraya Johor Bahru

JDT FCHARGA DAN WARNA JERSI JDT 2020

KitWarnaHarga
HomeBiru belang MerahRM Kecil 185
AwayPutihRM Kecil 185
NotaJDT hanya akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ untuk musim 2020. 

JDT FCGAMBAR JERSI JDT 2020

jersi jdt 2020
HOME
Jersi tuan rumah adalah diinspirasikan daripada bendera Johor iaitu warna merah serta biru
AWAY
Jersi kedua adalah berwarna putih yang melambangkan stadium baharu iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. Lilitan berwarna emas di bahagian lengan dan leher pula membawa simbolik kejayaan kelab JDT

Ketiadaan nama penaja pada bahagian hadapan jersi kali ini adalah sinonim dengan misi JDT untuk menjadi kelab bernilai RM1 bilion.

Jersi baharu JDT akan digunakan oleh pasukan utama JDT pada saingan Liga Super, Johor Darul Ta’zim II yang beraksi di Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim III bagi saingan Piala Presiden dan Johor Darul Ta’zim IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.

Close