Siaran langsung keputusan JDT vs Song Lam Nghe An FC 24.4.2018 Piala AFC

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An FC dalam perlawanan terakhir saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC CUP) bagi kumpulan H yang telah dijadual berlangsung pada hari Selasa, 24 April 2018.

Berdasarkan kedudukan semasa pasukan JDT bagi kumpulan H, JDT masih berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC 2018 iaitu perlu memanfaatkan perlawanan terakhir ini dengan mencatatkan kemenangan dan jumlah jaringan gol yang besar tanpa bolos ke atas Song Lam Nghe An FC.

Selepas mengharungi lima perlawanan sebelum ini, JDT kini berada di tangga ketiga dengan tujuh mata hasil daripada dua kemenangan, satu seri serta dua kalah.

Sementara Song Lam Nghe An FC pula, di kedudukan kedua kumpulan H berkongsi 10 mata dengan pendahulu kumpulan, Persija Jakarta. Manakala kelab Singapura, Tampines Rovers di tangga tercorot dengan satu mata.

GC-Icon
JDT-Song-Lam-Nghe-An-AFC-Cup
JDT-FC Song-Lam-FC KEPUTUSAN TERKINI JDT VS SONG LAM NGHE AN FC 24.4.2018 PIALA AFC
Perlawanan terakhir kumpulan H saingan Piala AFC 2018 membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Song Lam Nghe An FC berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin bermula pada jam 8:00 malam, Selasa.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-6 kumpulan H saingan Piala AFC 2018 di antara pasukan JDT lawan (lwn) Song Lam Nghe An FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Logo-AFC-Cup RESULT JDT LWN SONG LAM NGHE AN FC AFC CUP 2018
JDTJDT-FC
3
2
Song-Lam-FC Song Lam
Penjaring-Gol 36′ Safawi Rasid
Penjaring-Gol 39′ Syafiq Ahmad
Penjaring-Gol 67′ Safiq Rahim
FulltimeMasa-Penuh Nguyễn Viết 41′Penjaring-Gol
Hồ Tuấn Tài 45+’Penjaring-Gol

 

Info-Lain INFO BERKAITAN
Klik-Link Jadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Piala AFC
Close