Siaran langsung keputusan JDT vs Kuala Lumpur 13.7.2019

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Kuala Lumpur akan menanti kunjungan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan kedua puluh satu Liga Super Malaysia 2019 yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 13 Julai 2019.

Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tidak menghadapi masalah untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan ini walaupun beraksi di laman lawan.

Sebaliknya pasukan Kuala Lumpur yang belum menemui sentuhan kemenangan yang konsisten dalam saingan Liga Super setakat ini, pasti sedaya upaya mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi dengan jumlah jaringan yang besar. Ataupun mereka cuba untuk mencipta kejutan dengan menewaskan JDT.

Kuala Lumpur turun dengan misi untuk mencatatkan kemenangan sekaligus memberikan mereka peluang untuk terus kekal beraksi di Liga Super untuk musim hadapan. JDT yang telah mengesahkan gelaran Liga untuk musim ke 6 musim berturut-turut pula akan cuba mengekalkan rekod tanpa kalah pada aksi Liga Super musim ini.

GC-Icon
Siaran-langsung-keputusan-JDT-vs-Kuala-Lumpur-8.2.2019
JDT-FC Kuala-Lumpur-FA KEPUTUSAN TERKINI JDT VS KUALA LUMPUR 13.7.2019 LIGA SUPER
Perlawanan membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan Kuala Lumpur berlangsung di Stadium Bolasepak Cheras. KL bermula pada jam 9:00 malam, Sabtu.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-21 (LS21) Liga Super Malaysia 2019 di antara pasukan JDT lawan (lwn) Kuala Lumpur yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Logo-Malaysia-Super-League KEPUTUSAN PENUH JDT LWN KUALA LUMPUR LIGA SUPER
K. LumpurKuala-Lumpur-FA
0
4
JDT-FC JDT
Penjaring-Gol 9:00PMLive-Score Gonzalo Cabrera 15′ Penjaring-Gol
Diogo 28′  70′Penjaring-Gol
Nazmi Faiz 61′ Penjaring-Gol
LIVE STREAMING JDT VS KUALA LUMPUR 13 JULAI 2019 LIGA SUPER
Aksi perlawanan Liga Super di antara pasukan JDT menentang Kuala Lumpur turut disiarkan secara siaran langsung di iflix seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming JDT Vs Kuala Lumpur disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung.
Info-Lain INFO SETERUSNYA
Klik-Link Jadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Liga Super
Klik-Link Keputusan Kesemua Perlawanan Liga Super
Close