Menu Bola

Jadual waktu tarikh peperiksaan UPSR 2019 terkini

00:49 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 6 May 2019 jam 08:24 PM oleh GC.editor

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) akan menerbitkan perincian jadual waktu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2019 tidak lama lagi. Setiap tahun, LPKPM akan mengeluarkan jadual waktu peperiksaan untuk peperiksaan di Malaysia. Penubuhan LPKPM bertujuan untuk mengendalikan semua peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan peperiksaan. Jabatan yang diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini merupakan satu-satunya badan peperiksaan dunia yang menjalankan sistem peperiksaan berpusat.

UPSR merupakan penilaian untuk pelajar tahun 6 bertujuan mengukur kefahaman pelajar sekolah rendah sebelum melangkah ke sekolah menengah. Ia merupakan permulaan untuk pelajar di Malaysia di peringkat sekolah rendah dan keputusan UPSR boleh digunakan untuk mendaftar ke sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah kawalan. Kebiasaannya LPKPM akan mengeluarkan jadual waktu UPSR berserta peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi sebelum peperiksaan bermula. Pelajar boleh dapatkan jadual UPSR di sekolah masing-masing atau muat turun di laman sesawang rasmi LPKPM. Pelajar dinasihatkan untuk memahami segala peraturan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Hanya terdapat satu jenis peperiksaan sahaja untuk UPSR iaitu peperiksaan bertulis.

Jadual waktu peperiksaan UPSR berkenaan adalah untuk semua calon sekolah di seluruh negeri. Jadual berkenaan dapat membantu calon-calon yang terbabit bagi membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun 2019 pada tarikh yang telah dijadual berlangsung.

JADUAL WAKTU TERKINI TARIKH PEPERIKSAAN UPSR 2019 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

Calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan jadual waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2019 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk kepada ruangan butiran maklumat di bawah.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2019
Calon-calon yang mahu mendapatkan jadual waktu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2019, boleh melayari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkJadual Waktu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019 (UPSR)
TARIKH RASMI PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2019
PeperiksaanJenisTarikh
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Bertulis4 – 5 & 10 – 12 September 2019