Menu Bola

Jadual waktu tarikh peperiksaan UPKK 2019 rasmi

20:45 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 29 January 2019 jam 08:45 PM oleh GC.editor

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan sebuah peperiksaan yang diadakan untuk murid tahun lima Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kelas agama dan Fardhu Ain Integrasi seluruh Malaysia. UPKK ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara kepentingan UPKK adalah sebagai syarat untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di sekolah agama kerajaan negeri. Selain itu, ia juga menjadi syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kerajaan negeri.

Ujian ini akan menguji kebolehan pelajar dalam  8 dalam bidang pengajian iaitu Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat. Pelajar akan dinilai melalui beberapa aspek seperti lisan, amali dan ujian bertulis.

Antara matlamat UPKK adalah untuk menilai kemahiran pelajar membaca serta hafazan Al-quran. UPKK juga bertujuan untuk menilai kefahaman ilmu fardhu ain pelajar, menilai tahap kefahaman pelajar tentang asas cara hidup islam dan menilai kemahiran pelajar membaca dan menulis jawi.

Setiap tahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan Takwim jadual waktu peperiksaan UPKK di mana JAKIM juga akan menyelaraskan peperiksaan UPKK ini di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan, peperiksaan bertulis UPKK tahun 2019 akan diadakan dari 30 September 2019 hingga 3 Oktober 2019.

JADUAL WAKTU DAN TARIKH PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2019

Berikut merupakan jadual waktu dan tarikh peperiksaan UPKK 2019 sebagai rujukan ibu bapa dan juga pelajar. Turut disertakan beberapa info penting berkaitan UPKK sebagai rujukan:

GC Icon
Jadual waktu tarikh peperiksaan UPKK 2019 rasmi
 JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK 2019
TARIKHWAKTUKOD KERTASNAMA KERTASMASA
1 Februari-20 Ogos 2019 3:00 Petang-4:30 PetangUPKK 08/01Amali Solat
 1 Februari-20 Ogos 2019 3:00 Petang-4:30 PetangUPKK 07/01Penghayatan Cara Hidup Islam
18-29 September 2019 3:00 Petang-4:30 Petang
3:00-4:30 Petang
UPKK 01/01
UPKK 01/02
Tadarus Dan Tilawah Al-quran (Lisan)
Hafazan Dan Tafsir Al-quran (Lisan)
 30 September 2019 (Isnin) 2:30 Petang-4:00 PetangUPKK 02/01Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah)1 Jam 30 Minit
1 Oktober 2019 (Selasa) 2:15 Petang-3:45 Petang
4:00 Petang-5:30 Petang
UPKK 03/01
UPKK 05/01
Sirah
Pelajaran Jawi Dan Khat
1 Jam 30 Minit
1 Jam 30 Minit
 2 Oktober 2019 (Rabu) 2:30 Petang-4:00 Petang
4:15 Petang-5:15 Petang
UPKK 04/01
UPKK 04/02
Adab (Akhlak Islamiyah I)
Adab (Akhlak Islamiyah II)
1 Jam 30 Minit
1 Jam
 3 Oktober 2019 (Khamis) 2:30 Petang-4:30 PetangUPKK 06/01Lughah Al-quran2 Jam
SENARAI MATA PELAJARAN YANG DINILAI
Al-Quran
Sirah
Jawi dan Khat
Penghayatan Cara Hidup Islam
Amali Solat
Asas Luqhatul Qura
Adab (Akhlak Islamiyah)
Ulum Syariah (Aqidah & Ibadat)
GRED PEMARKAHAN
GRED
MARKAH
A (Tahap Cemerlang)
Tahap Cemerlang
B (Tahap Baik)
Tahap Baik
C (Tahap Memuaskan)
Tahap Memuaskan
D (Tahap Kurang Memuaskan)
Tahap Kurang Memuaskan
INFORMASI
Untuk muat turun jadual penuh peperiksaan UPKK (RASMI) sila klik pautan di bawah:
Klik LinkJadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2019