Jadual waktu tarikh peperiksaan SPM 2020 terkini Sijil Pelajaran Malaysia

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) akan menerbitkan perincian jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 tidak lama lagi. LPKPM merupakan salah satu daripada jabatan di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).  LPKPM merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan secara berpusat. Antara fungsi utama LPKPM adalah mengendalikan semua peperiksaan dan mengikut peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan. Selain itu, ia juga berperanan mengadakan peperiksaan, mengendalikan pemantauan dan menguatkuasakan peraturan berkaitan peperiksaan.

SPM merupakan salah satu peperiksaan yang dikendalikan oleh LPKPM. Setiap tahun LPKPM akan mengeluarkan jadual serta tarikh peperiksaan SPM daripada awal hingga akhir peperiksaan. Selain itu, LPKPM juga akan merangka dan menguatkuasakan peraturan-peraturan peperiksaan SPM. Jadual waktu dan peraturan peperiksaan akan dibukukan kemudian diedarkan ke seluruh sekolah-sekolah di Malaysia. Terdapat dua jenis peperiksaan SPM iaitu peperiksaan lisan dan juga bertulis. Pelajar diminta untuk merujuk pihak sekolah berkaitan jadual rasmi peperiksaan SPM bagi mendapatkan tarikh peperiksaan SPM yang tepat.

Jadual waktu peperiksaan SPM berkenaan adalah untuk semua calon sekolah mahupun calon persendirian individu di seluruh negeri. Jadual berkenaan dapat membantu calon-calon yang terbabit bagi membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tarikh yang telah dijadual berlangsung. Calon juga boleh membaca peraturan-pertaturan peperiksaan sebelum masuk ke dewan peperiksaan sebagai persediaan awal bagi pelajar.

alert warning
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam mencegah penularan wabak Covid-19 telah mengumumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)-Bertulis 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 5-14 Oktober 2020 dan 2-19 November 2020 akan dipinda ke tarikh 16 November hingga 7 Disember 2020. 
pindaaan tarikh spm 2020

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2020 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk kepada ruangan butiran maklumat di bawah. Berikut disediakan Jadual Waktu SPM 2020 sebagai rujukan.

GC Icon
jadual waktu spm
TAKWIM TARIKH PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2020
PeperiksaanJenisTarikh
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Lisan3 – 30 Jun 2020
BertulisFasa 1 : 5 – 14 Oktober & Fasa 2 : 2 – 19 November 2020 16 November hingga 7 Disember 2020.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2020
Calon-calon yang mahu mendapatkan jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020, boleh melayari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik pada judul pautan di bawah. Berikut adalah jadual SPM bagi tahun 2019 sebagai rujukan sementara jadual SPM 2020 dikeluarkan
FASA 1 : 5 Oktober 2020 (Bahagian 1)
SPM 5 Oktober 2020
FASA 1 : 5 Oktober 2020 (Bahagian 2)
SPM 5 Oktober 2020 1
FASA 1 : 6 Oktober 2020
SPM 6 Oktober 2020
FASA 1 : 7 & 8 Oktober 2020
SPM 7 Oktober 2020
FASA 2 : 12, 13, dan 14 Oktober 2020
SPM 12 Oktober 2020
FASA 2 : 2, 3, 4, 5 November 2020
SPM 2 November 2020
FASA 2 : 9, 10, 16, 17 November 2020
SPM 9 Nov 2020
FASA 2 : 18 dan 19 November 2020
SPM 18 Nov 2020
Klik LinkJadual Waktu Sijil Pelajaran Malaysia 2019 (SPM) Fasa 1
Klik LinkJadual Waktu Sijil Pelajaran Malaysia 2019 (SPM) Fasa 2
Close