Menu Bola

Jadual waktu tarikh peperiksaan PT3 2019 terkini Pentaksiran Tingkatan 3

00:10 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 28 September 2019 jam 11:58 PM oleh GC.editor

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) telah menerbitkan perincian jadual waktu peperiksaan dan jadual kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2019. LPKPM merupakan jabatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab untuk mengendalikan, menguruskan serta memastikan peraturan peperiksaan dikuatkuasakan. Antara peperiksaan seliaan LPKPM adalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jabatan ini perlu memastikan peperiksaan dijalankan berdasarkan standard yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pt3 merupakan peperiksaan untuk pelajar tingkatan 3. Dahulunya ia dinamakan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ia telah mula diguna pakai sejak tahun 2014 dengan format yang baharu diperkenalkan. Pt3 telah diperkemaskan formatnya dari tahun ke tahun bagi memastikan ie menepati standard. Keputusan Pt3 boleh digunakan untuk menentukan aliran yang sesuai dengan pelajar untuk kemasukan ke tingkatan 4. Melalui Pt3 guru dan ibu bapa boleh mengesan minat anak masing-masing sama ada ingin mengikuti aliran sains, sastera, teknikal dan lain-lain.

Jadual waktu peperiksaan berkenaan adalah untuk Calon Biasa, calon CBK A dan Calon CBK B. Jadual berkenaan dapat membantu calon-calon yang terbabit bagi membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan PT3 tahun 2019 pada tarikh yang telah dijadual berlangsung. Pelajar boleh mendapatkan jadual melalui sekolah masing-masing atau boleh muat turun di laman sesawang rasmi LPKPM. Dinasihatkan untuk pelajar membuat semakan jadual waktu pt3 serta memahami peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan.

JADUAL WAKTU TERKINI TARIKH PEPERIKSAAN PT3 2019 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

Calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan jadual waktu peperiksaan dan jadual kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2019 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk kepada ruangan butiran maklumat di bawah.

alert warningINFO TERKINI : PENANGGUHAN PT3 DAN PENTAKSIRAN PAV
Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , Pentaksiran Tingkatan 3 dan Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan ditangguhkan seperti ketetapan dalam Kenyataan Media pada 28 September 2019 yang berikut:
Penangguhan PT3
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PT3 TAHUN 2019
Calon-calon yang mahu mendapatkan jadual waktu peperiksaan dan jadual kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2019, boleh melayari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkJadual Waktu Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2019 – Rasmi
Klik LinkJadual Kerja Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2019 – Rasmi
TAKWIM TARIKH PEPERIKSAAN PT3 TAHUN 2019 BERMULA
PeperiksaanJenisTarikh
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019Bertulis30 September – 8 Oktober 2019
LisanBertutur (BI, BM, LAM (KBD))
18 Ogos – 13 September 2019
Mendengar
BM | 23 September 2019
BI | 24 September 2019
LAM (KBD) | 25 September 2019
Tilawah & Hafazan (KBT)
10 – 20 September 2019
Instrumen PelbagaiGeografi | Dalam Proses
Sejarah | Dalam Proses