Semakan Jadual Air Pasang Surut Malaysia Secara Online

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Panduan ini dibuat untuk sesiapa yang ingin mengetahui jadual air pasang surut bagi tahun 2019 di seluruh Malaysia. Ingin tahu caranya untuk membuat semakan jadual air pasang surut di Malaysia? Secara ringkasnya anda boleh membuat semakan jadual air pasang surut secara online menerusi Portal Rasmi JUPEM sahaja.

Jadual air pasang surut adalah untuk aktiviti  menangkap hasil ikan atau memancing samada di pesisiran pantai atau di lautan mahupun di kuala sungai. Bagi mengetahui ramalan pasang naik dan pasang surut air adalah amat penting sebelum pergi memancing atau melakukan apa-apa aktiviti di kawasan tersebut.

Pemantauan air pasang surut ini dilihat pada waktu matahari terik serta pada waktu bulan terbit dan terbenam, ianya bertujuan bagi mengetahui waktu puncak aktif ikan, dan kondisi cuaca waktu yang sesuai untuk memancing. Ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini dan ianya lebih efisen buat kepada para nelayan serta para pemancing untuk mendapatkan hasil penangkapan atau pancingan mereka yang lebih banyak.

Boleh di kira secara keseluruhannya, jumlah stesen bagi mendapatkan maklumat air pasang surut adalah sebanyak 22 tempat di serata Malaysia. Telah disediakan untuk 12 lokasi untuk beberapa daerah di Semenanjung Malaysia, 6 lokasi di Sabah termasuk 1 di Labuan dan 4 lokasi di Sarawak.

CARA SEMAK JADUAL AIR PASANG SURUT MALAYSIA SECARA ONLINE

Pengguna boleh menyemak Jadual Air Pasang Surut di Malaysia secara online di Portal Rasmi JUPEM. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 22 stesen di seluruh Malaysia di mana anda boleh menyemak air pasang secara terkini seperti berikut:

GC-Icon
Air-Pasang-Surut-Malaysia
 JADUAL RAMALAN AIR PASANG SURUT MALAYSIA
Stesen: Johor Bahru, Johor
Stesen: Pulau Langkawi, Kedah
Stesen: Pulau Pinang, Pulau Pinang
Stesen: Lumut, Perak
Stesen: Perlabuhan Klang, Selangor
 Stesen: Tanjung Keling, Melaka
 Stesen: Kukup, Johor
Stesen: Tanjung Sedili, Johor
 Stesen: Pulau Tioman, Pahang
Stesen: Tanjung Gelang, Pahang
 Stesen: Cendering, Terengganu
 Stesen: Geting, Kelantan
 Stesen: Pulau Lakei, Sarawak
Stesen: Sejingkat, Sarawak
Stesen: Bintulu, Sarawak
Stesen: Miri, Sarawak
Stesen: Kudat, Sabah
Stesen: Kota Kinabalu, Sabah
Stesen: Sandakan, Sabah
Stesen: Tawau, Sabah
Stesen: Lahad Datu, Sabah
Stesen: Labuan, W.P. Labuan
Close