Menu Bola

Permohonan IPG 2019 PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

22:04 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 27 May 2019 jam 12:27 AM oleh GC.editor

Calon-calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dengan profesion perguruan boleh membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan tahun 2019.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 2019 DI IPG BAGI LEPASAN SPM

Calon-calon lulusan atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat boleh membuat Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan tahun 2019 secara dalam talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Program Perguruan yang dibuka pada tarikh yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui portal rasmi.

TARIKH PERMOHONAN PISMP AMBILAN 2019
DibukaDitutup
19 Mac 2019
25 Mac 2019, 1159 malam
Tarikh yang tepat (rasmi) seperti diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
iklan pismp 2019
INFO PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN | KELAYAKAN ASAS
No 1Warganegara Malaysia.
No 2Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
No 3Sihat tubuh badan.
No 4Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
No 5Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).
No 6Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu.
i. Bahasa Melayu.
ii. Sejarah.
iii. Bahasa Inggeris.
Klik LinkMemenuhi Syarat Bidang Pengkhususan
CARA BUAT PERMOHONAN PISMP 2019
Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Aplikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2019, sila klik pada pautan di bawah.
Klik Linkhttps://pismp.moe.gov.my
No 1Pemohon dikehendaki membuat pendaftaran dengan klik pada ikon Daftar Pemohonan Baru yang terdapat dalam ruangan Log Masuk Sistem. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan bagi tujuan tapisan awal kelayakan umur pemohon PISMP Ambilan Jun 2019.
No 2Sekiranya umur pemohon layak untuk membuat permohonan. Pemohon perlu melengkapkan butiran maklumat yang diperlukan bagi membolehkan sistem borang permohonan dapat diakses sepenuhnya.
No 3Setelah pendaftaran berjaya, pemohon perlu Log Masuk Sistem borang Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Lengkapkan ruangan maklumat yang berkenaan dalam sistem permohonan PISMP dan sila ikut arahan yang dinyatakan dalam sistem.
Klik LinkPanduan Penggunaan Sistem Permohonan PISMP
Klik LinkKalendar Aktiviti Permohonan PISMP Dan Tarikh-Tarikh Penting
InfoSila ambil perhatian terhadap makluman Info Semasa yang terdapat Portal Permohonan PISMP.