Permohonan ILKBS 2020 online kemasukan IKBN IKTBN AKBG

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ditubuhkan bagi memberi latihan amali serta praktikal kepada belia-belia warganegara yang berminat untuk melatih mereka mempersiapkan diri untuk terus diserap masuk ke kerjaya yang terpilih setelah tamat belajar. Ini adalah satu peluang untuk belia-belia Malaysia untuk mengisi kekosongan ini.

Di bawah kelolaan ILKBS, terdapat tiga institut iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (IKBG). Institut ini dibina diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi merialisasikan objektif ILKBS. Idea ini disambut baik oleh rakyat Malaysia. Permohonan ke ILKBS telah mendapat sambutan hangat.

Konsep latihan yang diterapkan di ILKBS adalah bersifat bersepadu di mana pelaksanaannya adalah meliputi latihan kemahiran dari segi teori dan amali. Pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai ILKBS adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri.

PERMOHONAN ILKBS AMBILAN 2020 ONLINE KEMASUKAN KE IKBN, IKTBN DAN AKBG

Bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat permohonan, berikut dikongsikan tarikh membuat permohonan, cara membuat permohonan dan lain-lain info yang penting untuk dikongsikan:

GC Icon
Permohonan ILKBS 2019 online kemasukan IKBN IKTBN AKBG
TARIKH PERMOHONAN ILKBS SESI JANUARI
TARIKH BUKATARIKH TUTUP
1 Oktober 20193 November 2019
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILKBS JANUARI
TarikhPerkara
1 Okt 2019 hingga 3 Nov 2019Permohon yang berminat boleh mendaftar. Pendaftaran dibuka
13 Nov 2019 Panggilan untuk temuduga bagi program yang mempunyai temuduga sahaja (Lepasan SKM/ ST/ DKM)
2 Dis 2019 hingga 13 Dis 2019Semakan untuk kemasukan ke ILKBS sesi Januari
2 Dis 2019 hingga 13 Dis 2019Permohon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan atau tolak tawaran
2 Dis 2019 hingga 13 Dis 2019Pemohon yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan
Dis 2019Semakan keputusan rayuan
6 Jan 2020Pendaftaran ke ILKBS sesi Januari
Tarikh yang dikemaskini adalah rasmi seperti yang telah diumumkan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILKBS
Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan sesi Januari:

PERMOHONAN ONLINE

Berikut merupakan pautan untuk manual pengguna. Sila layari pauatan berikut:
Klik LinkPanduan Permohonan Kemasukan Dan Cara Penggunaan sistem eKampus
Pemohon untuk sesi Januari tidak perlu membayar untuk nombor pin dan boleh membuat permohonan secara atas talian.
Untuk pengguna baharu, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baharu untuk membolehkan anda mengakses borang permohonan sepenuhnya
TARIKH PERMOHONAN ILKBS SESI JULAI
TARIKH BUKATARIKH TUTUP
Dalam ProsesDalam Proses
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILKBS JULAI
TarikhPerkara
Dalam ProsesPermohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup pada tarikh ini. Pemohon lepasan SPM 2017-2019 adalah melalui UPUonline. Permohonan dari calon SPM 2016 dan kebawah adalah melalui borang manual di mana-mana ILKBS yang berdekatan
Dalam ProsesPermohonan UPU skills dibuka. Terbuka kepada lepasan Sijil SKM/ SKT atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap
Dalam ProsesSemakan Panggilan temuduga program lepasan SKM/ ST/ DKM. Sila layari pautan berikut untuk membuat semakan: http://eikbn.gov.my/sistemonlineikbn/page1.php
Dalam ProsesSemakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Julai. Keputusan tawaran ada di UPU online dan https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
Dalam ProsesBagi pemohon yang berjaya sila buat pengesahan terima atau tolak tawaran
Dalam ProsesPermohonan rayuan dibuka. Hanya terbuka kepada pemohon yang tidak mendapat tawaran sahaja
Dalam ProsesSemakan keputusan rayuan
Dalam ProsesPendaftaran untuk kemasukan Julai ke ILKBS
Sebarang perubahan tarikh tertakluk kepada pindaan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan akan dikemas kini
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILKBS
Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILKBS sesi Julai:

PERMOHONAN ONLINE

Permohonan secara manual oleh pemegang SPM bukan tahun semasa (kategori B) boleh dibuat dengan pergi ke ILKBS yang berdekatan
Permohonan kemasukan kemasukan ke ILKBS adalah melalui UPU online
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN ILKBS
Berikut merupakan syarat kelayakan memohon ILKBS. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:
No 1Warganegara Malaysia
No 2Umur di antara 18-30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurang kurangnya tingkatan 5
No 3Pemohon tiada masalah kesihatan, sihat tubuh badan dan berupaya melakukan aktiviti dalam program
No 4Pemohon boleh membaca dan menulis
No 5Belum berkahwin
No 6Tiada rekod jenayah dan bebas dadah
No 7Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam / Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
No 8Sanggup menjalani program sehingga tamat dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan
No 9Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
No 10Pemohon yang gagal tamatkan latihan atau tersingkir dari mana-mana institut latihan lain tidak dibenarkan membuat permohonan
BIDANG UTAMA DI IKBN
Berikut adalah bidang yang ditawarkan di IKBN:
Teknologi Tekstil
Teknologi Pertanian
Teknologi Elektronik
Teknologi Sukan
Teknologi ElektrikTeknologi Personal
Teknologi Awam
Teknologi Maklumat
Teknologi Automotif
Teknologi Fotografi
Teknologi MekanikalTeknologi Hospitaliti
Teknologi Marin
Klik LinkSemakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat Dan Senarai Institut
Klik LinkMaklumat Lengkap 14 Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
PERINGKAT PROGRAM
Berikut merupakan program yang disediakan di IKBN:
No 1Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) tahap 1 hingga 5
No 2Persijilan JKKP
No 3Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
No 4Diploma MQA
PERTANYAAN
Sebarang persoalan mengenai pendaftaran ke ILKBS boleh dibuat dengan cara berikut:
Untuk sebarang persoalan boleh hubungi nombor ini: 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03 8871 3690
Close